Nak bawa masuk telefon dalam tandas? Tiada masalah dengan Xperia M4 Aqua

Share Button

xperia-m4-aqua xperia-m4-aqua-dual xperia-m4-aqua-dual-gallery-

Sony Mobile Communications melancarkan Xperia M4 Aqua yang juga telefon kalis air pertama Sony yang tidak memerlukan penutup USB untuk melindunginya.

Ia mempunyai kamera 13MP dikuasakan Sony Exmor RS dengan apertur F2.0 serta ISO 3200. 52 mod senario berbeza pula tersedia dengan rakaman pada pencahayaan rendah menjadi nadi utama kamera ini.

Kamera depan 5MP memang sesuai untuk selfie dengan lensa lebar yang cukup untuk memasukkan ramai orang dalam satu gambar. Manakala fungsi Portrait Retouch membenarkan suntingan mencantikkan wajah dan fungsi Movie Creator untuk menggabungkan foto dan video serta audio.

Siap dengan Android 5.0 Lollipop, rekaan premium dan kalis air pada IP65/8 dan berat pula hanya 136g.

Ia akan disediakan dengan dua warna iaitu putih dan hitam. Manakala di dalam tersedia Qualcomm Snapdragon 615 octa-core 64-bit dan mempunyai jangka hayat bateri mampu bertahan sehingga dua hari.

M4 Aqua akan mula didapati di lebih 80 negara termasuk Malaysia pada April ini.

Apa komen anda?