Montblanc umum casing premium Galaxy S6

Share Button

montblanc s6 cover cover

Dengan kemunculan telefon pintar baru dari Samsung iaitu Galaxy S6 dan S6 edge, pengeluar aksesori berkaitan telefon tersebut mula berlumba-lumba turut mengumumkan produk mereka yang boleh digunakan bersama telefon baru ini. Salah satu pengeluar tersebut ialah jenama fesyen antarabangsa yang terkenal, Montblanc.

Montblanc dan Samsung telah menjalin kerjasama sejak pengenalan GALAXY Note 4 tahun lepas. Montblanc telah memperkenalkan barisan produk di bawah nama Maison, yang membawakan pen Pix dan e-Starwalker, serta penutup kulit bagi Note 4, yang mengandungi cip ID istimewa bagi membolehkan pemilik produk Montblanc ini laluan ke kandungan digital eksklusif Montblanc, khas untuk mereka.

Kini, dengan pelancaran Galaxy S6 dan S6 edge, Montblanc dengan pantas mengumumkan senarai produk mereka khas untuk kedua-dua telefon pintar ini. Ia menampilkan gaya elegan klasik berprestasi iaitu penutup belakang keras dan juga penutup flip. Ia akan datang dalam dua jenis material iaitu Kulit ‘Soft Grain’ Hitam dengan sentuhan lembut semulajadi da juga Kulit Ekstrem Montblac, material berkualiti tinggi yang direka Montblanc sendiri untuk bertahan dalam situasi paling sukar.

Kesemua penutup ini akan tersedia untuk kedua-dua model Galaxy S6 dan S6 edge. ia diperbuat menggunakan kulit asli dengan tradisi pembuatan terbaik Montblanc sejak tahun 1926, yang kini diteruskan oleh Florence Pelletteria, pengeluar barangan kulit.

RS Stories_Samsung_Gallery_3 RS Stories_Samsung_Gallery_5

Penutup belakang boleh digunakan dengan mudah bagi memberi perlindungan sambil meningkat gaya estetik teknologi terkini. Manakala penutup flip pula didatangkan dengan slot kad kredit di dalam, yang boleh menjadi dompet untuk memudahkan pergerakan. Kesemua produk Montblanc ini menampilkan gaya elegan Montblanc sepanjang zaman dengan jahitan rumit yang teguh, serta logo Montblanc bagi menggayakan tradisi pertukangan seorang Maison.

designed for samsung accessories

Penutup keras dan penutup flip Montblanc untuk Galaxy S6 dan S6 edge telah dipamerkan semasa pelancaran Samsung Unpacked di Mobile World Congress, Barcelona. Ia akan mula dijual di semua butik Montblanc di seluruh dunia bermula April 2015 dan membawakan harga premium selaras dengan jenamanya. Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb Montblanc.

Senarai harga produk Montblanc untuk Galaxy S6 & S6 edge:

1. Penutup keras dengan kulit lembut (Galaxy S6) – RM410
2. Penutup keras dengan kulit ekstrem (Galaxy S6) – RM410
3. Penutup keras dengan kulit ekstrem (Galaxy S6 edge) – RM430
4. Penutup Flip dengan kulit lembut (Galaxy S6) – RM750
5. Penutup Flip dengan kulit ekstrem (Galaxy S6) – RM750
6. Penutup Flip dengan kulit ekstrem (Galaxy S6 edge) – RM815

RS Montblanc Soft Grain Leather Hard-shell Covr for Samsung Galaxy S6

Penutup keras dengan kulit lembut

RS Montblanc Extreme Leather Hard-shell Cover for Samsung Galaxy S6 & Samsung Galaxy S6 Edge

Penutup keras dengan kulit ekstrem

RS Montblanc Softgrain Leather Flap Wallet Cover for Samsung Galaxy S6

Penutup Flip dengan kulit lembut

RS Montblanc Extreme Flap Wallet Cover for Samsung Galaxy S6 & Samsung Galaxy S6 Edge

Penutup flip dengan kulit ekstrem

 

Apa komen anda?