Microsoft tawar diskaun Surface Pro 3

Share Button

Tablet yang boleh menjadi laptop keluaran Microsoft, Surface Pro 3 kini makin mudah untuk didapati. Microsoft Malaysia baru sahaja melantik pengedar tempatan yang baru, iaitu ECS Astar Sdn Bhd (“ECS”) dan Ingram Micro Malaysia Sdn Bhd (“Ingram Micro”) untuk mengedarkan Surface Pro 3 kepada lebih ramai pengguna.

ECS telah dilantik sebagai pengedar produk Surface untuk pengguna manakala Ingram micro pula adalah pengedar untuk saluran komersial dan perniagaan. Untuk senarai pengedar dan kedai yang menjual Surface Pro yang lengkap, pengguna dan juga syarikat boleh mendapatinya dari lamanweb Microsoft Surface di http://www.microsoft.com.my/surfaceoffer

surface pro 3 diskaun rm330

Serentak dengan lantikan ini, Microsoft Malaysia turut mengumumkan tawaran pembelian Surface Pro 3 yang istimewa. Pembeli baru tablet Windows 8 ini, kini boleh menikmati diskaun sebanyak RM330 apabila membeli Surface Pro 3 bersama Type Cover. Bagaimanapun tawaran ini hanya terhad untuk model Surface Pro 3 dengan CPU Intel Core i5 serta Core i7 sahaja. Tawaran ini juga berjalan sehingga 15 April 2015.

Surface Pro 3 adalah tablet 2-dalam-1 yang boleh menjadi laptop dengan sambungan Type Cover, sejenis papankekunci yang direka khas untuknya. Ia mempunyai rekaan menarik dengan ‘kick-stand’ mudah untuk digunakan. Surface Pro 3 mempunyai skrin 12-inci HD Penuh & menggunakan CPU Intel Core-i generasi ke-4 dengan pilihan RAM sehingga 8GB. Baterinya boleh bertahan sehingga 9 jam untuk penggunaan melayari internet.

Apa komen anda?