Matawang junam, harga iPhone naik

Share Button

Apple logo

Kenaikan harga beberapa gajet Apple termasuk iPhone 6 dan 6 Plus adalah perkara biasa disebabkan kejatuhan matawang di negara yang mengalaminya termasuk Malaysia.

Apple pada pagi ini menukar harga iPhone 6, 6 Plus dan 5S dengan peningkatan antara 6% dan 7%.

Penganalisa matawang yang ditemui, Mohd Al-Mashur memaklumkan theskop, Apple pertama kali menaikkan harganya di Rusia sehingga 20% pada Disember 2014 apabila mata wangnya jatuh sebanyak 25% dalam tempoh beberapa bulan.

“Ia sama berlaku di Malaysia sekarang kerana sejak Disember 2014, nilai ringgit jatuh sehingga 5.6% setiap bulan. Oleh itu, jika Apple tidak naikkan harga mengikut kejatuhan mata wang, harga iPhone di negara ini akan menjadi murah berbanding negara lain,”

Katanya, ia akan akan menjurus kepada eksploitasi pembeli dari negara lain yang akan mengambil kesempatan membelinya di negara ini. “Kalau dikira dari Ogos 2014, ringgit sudah jatuh sehingga 15% jadi harga baru iPhone itu nampak logik.”

Nilai matawang ringgit sehingga pagi ini berbanding dolar Amerika ialah 3.677.

Kenaikan harga iPhone tersebut bukan disebabkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang hanya akan dimulakan April ini.

Buat masa ini, ketiga-tiga syarikat telekomunikasi utama yang memperkenalkan iPhone 6 dan 6 Plus masih membisu dan belum bersedia memberi komen tentang harga baru tersebut.

Harga baru seperti di bawah:

iPhone 6
iPhone 6 16GB – RM2,399 kepada RM 2,549

iPhone 6 64GB – RM2,749 kepada RM 2,949

iPhone 6 128GB – RM3,149 kepada RM 3,349

iPhone 6 Plus
iPhone 6 Plus 16GB – RM2,749 kepada RM 2,949

iPhone 6 Plus 64GB – RM3,149 kepada RM 3,349

iPhone 6 Plus 128GB – RM3,549 kepada RM 3,749

iPhone 5S

iPhone 5S 16GB – RM1,999 kepada RM 2,149

iPhone 5S 32GB – RM2,199 kepada RM 2,349

Apa komen anda?