Mampukah OnePlus One tiba sebelum GST

Share Button

Salah satu janji pengeluar yang tidak ditunaikan pada tahun 2014, ialah apabila OnePlus mengatakan mereka akan menjual satu-satunya telefon pintar pembunuh peranti utama lain, OnePlus One pasti dijual di Malaysia sebelum tahun 2015 tiba. Tetapi ternyata ianya tidak tertunai.

OnePlus ada mengeluarkan kenyataan memohon maaf kerana kealpaan mereka menyelesaikan isu stok dan penghantaran di Malaysia. Itupun selepas mereka membuat pengumuman menjual OnePlus One di Indonesia awal tahun ini, yang menambah kekecewaan peminat mereka di Malaysia.

Tetapi dalam diam, kelihatan peranti OnePlus telah melepasi penilaian SIRIM di bawah nama pengedar terkemuka peranti di Malaysia, iaitu Brightstar Distribution. Brightstar mereupakan pengedar banyak peranti di Malaysia seperti Motorola dan Blackberry. Jika Brightstar adalah wakil pengedar OnePlus di Malaysia, peminat kini boleh mula menarik nafas lega.

150320-oneplus-one-malaysia-SIRIM-brighstar

OnePlus menggelar produk mereka pembunuh peranti utama (flagship killer). Spesifikasinya memang antara terbaik semasa mula diperkenalkan. Ia digerakkan CPU Snapdragon 801, 4-teras 2.5GHz dengan 3GB RAM. Skrin 5.5-incinya menghasilkan resolusi HD Penuh 1920×1080. Kamera belakang 13MP dengan sensor Sony IMX214 digandingkan bersama kamera hadapan 5MP. OnePlus One kini masih dikuasakan Android 4.4 Kitkat, tetapi menjanjikan Android 5.0 Lollipop selewatnya bulan ini. Mungkin set Malaysia akan terus menerima Lollipop sebagik tiba kelak.

One Plus One Spec

Terdapat dua model OnePlus One, iaitu versi 16GB berharga IDR 4juta (~RM1139) manakala versi 64GB pula berharga IDR 4.5juta (~RM1279) di Lazada Indonesia. Harga ini nampaknya kompetitif dengan apa yang Meizu MX4 tawarkan iaitu RM1099 untuk 16GB dan RM1299 untuk 32GB. Seperti biasa, ia akan menjadi lebih menakjubkan jika mereka dapat mula menjual OnePlus One sebelum tarikh keramat, 1 April 2015.

[Sumber]

one plus one - never settle

 

Apa komen anda?