Pernah pegang telefon 1TB? Lumia 640

Share Button

Dua produk Microsoft, Lumia 640 dan 640 XL dilancarkan secara rasmi di MWC 2015 dengan keduanya menggunakan pemproses 1.2GHz quad-core Snapdragon 200, RAM sebanyak 1GB dan kamera depan 720p untuk selfie menarik.

Lumia 640 mempunyai saiz skrin 5 inci dan lengkap bersama kamera 8MP manakala 640 XL menggunakan skrin 5.7 inci dan kamera 13MP serta lensa Zeiss.

Masing-masing akan datang dengan bateri 2500mAh dan 3000mAh serta boleh dikemaskini kepada Windows 10 sebaik saja ia tiba kelak.

Di bawah Microsoft, sudah pasti keduanya akan didatangkan dengan Office 365 dan paling menarik storan cloud sehingga 1TB.

Telefon yang akan dijual pada Mei ini mempunyai dua versi 3G dan LTE. Bermakna Lumia 640 akan didapati pada harga kira-kira RM496 (3G) dan RM566 (LTE).

Lumia 640 XL pula dijual pada harga RM675 (3G) dan RM780 (LTE). Pelbagai pilihan warna sudah pasti boleh diperoleh.

Video pengenalan Lumia baru:

Comments

  1. fakhrul anwar

    Xsabar nk mnnti microsoft 640XL ni…
    Estimate bile erk masuk pasaran malaysia.
    & dimana wakil jualan di johor bahru, johor.

Apa komen anda?