KOMEN PEMBACA: Samsung Galaxy S6, macam kenal

Share Button


 

Nampak macam telefon apa

Samsung dan HTC masing-masing melancarkan telefon pintar versi baru Galaxy S6 dan M9 yang mempunyai satu persamaan. 

Kedua-duanya mempunyai garisan lurus di belakang. Samsung dan HTC semuanya mempunyai idea rekaan hampir sama dengan iPhone 6 meskipun mengutuk kuat syarikat Cupertino tersebut.
Mengikut seorang pereka yang enggan dikenali, Apple mengambil langkah baik dengan memperkenalkan garis-garis di belakang telefonnya kerana ia turut mempengaruhi faktor psikologi.
Idea sama menurut pereka tersebut kini ditiru Samsung.
Kita tinggalkan persoalan garisan di telefon.
Seorang eksekutif Samsung berkias mengutuk Apple manakala HTC tidak terlalu bersuara lantang seperti Samsung.
Samsung mempunyai dendam terhadap Apple sehingga dua tiga orang eksekutif kananya yang naik ke pentas mengutuk Apple dari segi bateri atau rekaan.
Tapi pada masa yang sama, rekaan Samsung sudah seakan condong kepada rekaan Apple.
Meskipun Samsung telahpun gah di pasaran, Apple masih menjadi sasarannya tanpa menyedari pesaing sebenar mereka datang dari negara China.
Dalam pembentangan Samsung di Mobile World Congress 2015, Barcelona, kamera Apple iPhone 6 Plus disasar sekali lagi. Adakah mereka tidak menyedari iPhone 6 Plus dilancar tahun lepas. Produk yang telah mencecah 6 bulan.
Apple tidaklah terlalu hebat tetapi jika semuanya mahu membandingkan produk masing-masing dengan Apple, faham sajalah siapa yang ‘insecure’.

Apa komen anda?