JOI tambah 3 model baru tablet murah Windows 8

Share Button

Jika anda mencari tablet berasaskan Windows 8 yang murah, pasti anda pernah terjumpa dengan jenama JOI, yang dihasilkan oleh pengeluar di Malaysia sendiri, iaitu SNS Network Sdn Bhd. SNS network memperkenalkan tablet JOI 8 yang dikuasakan CPU Intel Atom pada tahun lepas, dengan harga hanya RM499 sahaja.

Dengan kejayaan tablet JOI 8, SNS Network kali ini memperkenalkan lebih banyak model tablet Windows 8 mereka. Terbaru, mereka baru sahaja melancarkan tiga model baru tablet Windows 8 iaitu JOI 7, JOI 8i dengan 3G serta JOI 10 Flip.

JOI 7 depan belakang

JOI 7 adalah tablet Windows 8 yang hampir sama dengan JOI 8, tetapi ia datang dengan skrin lebih kecil, sebesar 7-inci. Ia turut dikuasakan CPU Intel Atom dan mempunyai storan dalaman 16GB. Ini menjadikannya pilihan kepada mereka yang mahukan tablet Windows 8 dengan rekabentuk lebih kompak dari JOI 8.

JOI 8i dengan papankekunci

Model terbaru kedua adalah JOI 8i. Tablet ini adalah versi peningkatan dari JOI 8 yang sedia ada, di mana ia kini mempunyai port sambungan mikro-HDMI serta lebih baik lagi, sambungan 3G sendiri. Ini memudahkan mereka yang sering bergerak dan perlukan sambungan internet terus dari tablet tanpa perlu mencari WiFi.

JOI 10 pelbagai mod

Manakala JOI 10 Flip pula adalah satu lagi versi peningkatan dari JOI 10 yang diperkenalkan sebelum ini. Ia dikuasakan CPU Intel Atom dan kali ini menyyokong dock sambungan JOI. Dengan dock sambungan JOI, ia memberikan tablet JOI 10 tambahan 4 port USB2.0, port HDMi bersaiz penuh dan juga port rangkaian LAN. Ia juga mempunyai slot keselamatan Kensington bagi yang mahu merantai tablet mereka terus ke meja.

Kesemua model baru tablet Widnows 8 JOI ini kini sudah boleh dibeli dan diapati dari keda SNS GLOO dan juga pengedar saha mereka di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut berkenaan tablet JOI serta senarai pengedar mereka, lawati lamanweb JOI di http://www.joi.com.my/ dan juga http://www.sns.com.my/gloo/aboutus.asp.

Senarai penuh harga tablet Windows 8 JOI adalah seperti berikut:

JOI 7 – RM299
JOI 8 – RM499
JOI 8i dengan 3G – RM649
JOI 10 Flip 32GB – RM799
JOI 10 Flip 64GB – RM999
Dock Sambungan JOI – RM299

Apa komen anda?