Jana duit ketika bersenam

Share Button

Pasti ramai telah mendengar mengenai BitCoin, sejenis matawang digital yang dijana melalui ‘galian’ yang dilakukan oleh komputer, yang kemudiannya boleh digunakan untuk urusniaga jual-beli. BitCoin telah diterima di banyak tempat dan beberapa servis di Malaysia turut mula menerima matawang digital ini. Terdapat banyak cara untuk meng’gali’ BitCoin ini. Bagaimana jika BitCoin boleh dijana melalui pergerakan ketika bersenam?

logo FitCoin

Idea ini cuba dihasikan menjadi nyata dengan FitCoin. Sebuah pembangun aplikasi dari Amerika Syarikat iaitu Chaotic Moon Studios telah mengumumkan aplikasi buatan mereka, FitCoin ketika pameran SXSW yang berlangsung di Austin, Texas.

FitCoin ialah aplikasi yang akan mengukur gerakan senaman yang dilakukan seperti melompat tali, berlari, push up, sit up, serta banyak perkara lain yang sering dilakukan di Gim. Ukuran ini kemudiannya akan diubah mengikut algoritma galian BitCoin yang menjadikan pengguna menerima BitCoin untuk setiap gerakan senaman ini, sama seperti menggalinya di komputer.

fitcoin apps di hp

Setakat ini, dilaporkan beberapa peranti boleh pakai sudah boleh digunakan bersama aplikasi ini seperti Mio, Atlas dan juga Jawbone 3. Dengan ini, pengguna kini boleh menjaga kesihatan sambil menjana keuntungan, walaupun tidaklah sebanyak mana. Contohnya, dalam video di bawah ini, larian di atas treadmill selama 40 saat menjana 5 sen BitCoin.

Pastinya ini satu tawaran yang menarik, terutama untuk kaki marathon dan pelawat gym tegar. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh melawat lamanweb FitCoin dan mendaftar di sana untuk menjadi penguji BETA mereka, jika terpilih.

[Sumber]

Apa komen anda?