Jabra beri diskaun & peluang memenangi iPhone 6

Share Button

Jika anda sedang mencari earfon atau headfon mahupun bluetooth untuk kegunaan peribadi, inilah masa yang tepat. Selain dari tarikh GST yang semakin hampir pada 1 April 2015, Jabra selaku pengeluar produk audio berkualiti, mengadakan kempen “Jimat & Menang Bersama Jabra” yang menawarkan diskaun untuk produk keluaran mereka yang popular dan telah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa.

Bukan itu saja, bagi pembeli produk jabra di sepanjang kempen ini, mereka juga berpeluang untuk memenangi salah satu dari tiga telefon iPhone 6 (64GB). Kempen ini membawakan kepada pengguna diskaun sebanyak 10% untuk kebanyakan produk jabra bermula dari 1 sehingga 31 Mac 2015.

Bakal pembeli yang berminat dengan tawaran ini, bolehlah mengunjungi rakaniaga Jabra yang terlibat sepanjang kempen, dalam senarai di bawah ini:

1. ALL IT Hypermarket Sdn Bhd
2. epiCentre
3. Machines
4. Radioshack
5. Viewnet Computer System
6. Mobile Arena

Manakala produk yang terlibat dalam kempen untuk menerima diskaun 10% serta cabutan bertuah iPhone 6 pula adalah seperti di bawah ini:

senarai produk diskaun

Jika anda berminat, segera ke kedai yang terlibat dan dapatkannya sebelum GST mula berleluasa di Malaysia bulan depan. Layari Facebook Jabra Malaysia untuk makluamt lanjut.

Jabra Step Wireless Jabra Stealth Jabra Sport Rox Wireless Jabra Sport Pulse Black

Apa komen anda?