Intel, Google & Heuer membentuk TAG team

Share Button

Pengeluar jam tangan terkemuka dunia, TAG Heuer baru saja mengumumkan kerjasamanya dengan syarikat dari Silicon Valley, iaitu Google dan Intel untuk melancarkan jamtangan pintar yang dikuasakan teknologi dari Intel dan Google Android Wear, dalam rekaan tradisi Swiss yang mempunyai sejarah penciptaan jam tangan yang panjang.

Apple baru sahaja mengumumkan penjualan Apple Watch yang akan bermula bulan hadapan, dengan barisan model semurah USD349 (~RM1250) sehinggalah USD17,000 (~RM61,000) dengan emas 18-karat serta kaca Sapphire. Penganalisa menjangkakan langkah Apple mengeluarkan jam tangan premium ini bakal memberi saingan kepada pengeluar jam tangan terkenal lain seperti Tissot, Omega dan lain-lain.

Pengumuman kerjasama Tag Heuer, Intel dan Google ini dibuat di pameran jam tangan terbesar di dunia, Basel World yang sedang berlangsung di Switzerland. Jam tangan pintar ini dijangka akan mula dilancarkan sekitar suku keempat tahun ini. Mahukah anda memiliki rekaan jamtangan Swiss Tag Heuer seperti ini:

Tag Heuer Carrera collection

 

Walaupun tidak kedengaran perancangan dari jenama terkenal yang lain seperti Hermes dan Patek Philippe, besar kemungkinan akan terdapat jenama lain yang akan mula menerokai peluang menghasilkan jam tangan pintar, selepas pengumuman Tag Heuer ini.

 

Apa komen anda?