IKEA mula jual perabot dilengkapi pengecas tanpa wayar

Share Button

Samsung Electronic dan juga IKEA dari Sweden, mengumumkan kerjasama bagi meluaskan lagi penggunaan pengecasan tanpa wayar di rumah dan juga tempat kerja melalui penglibatan mereka secara terus di dalam kumpulan Wireless Power Consortium (WPC).

Samsung yang baru melancarkan Galaxy S6 dan S6 edge di MWC Barcelona, telah menyediakan lengkap pengecas tanpa wayar di dalam peranti baru tersebut. IKEA pula sedang berusaha menghasilkan perabot rumah baru yang dilengkapi pengecas tanpa wayar, di luar betuk konvensional bagi memastikan pengguna boleh menikmati suasana mengecas peranti tanpa memerlukan wayar sepenuhnya di rumah dengan lebih mudah dan selesa.

ikea-wireless-charger-pad

Pengguna kini mahukan cara mengecas yang mudah tetapi lebih efisyen. IKEA cuba menawarkan penyelesaian bagi permasalahan ini dengan membina teknologi pengecasan tanpa wayar terus ke dalam perabot rumah, yang akan menukarkan meja di tepi katil, lampu serja meja makan kepada tempat mengecas peranti. Ianya tepat pada masanya dengan pelancaran Galaxy S6 yang mempunyai pengecas tanpa wayar terbina dalam, yang serasi dengan pad pengecas tanpa wayar dalam pasaran kini, termasuk perabot baru IKEA.

Koleksi baru perabot beserta pengecas tanpa wayar IKEA akan mula dipasarkan di Eropah dan Amerika Utara bermula dari April 2015 dan berkembang sedikit demi sedkit ke pasaran global. Manakala Samsung Galaxy S6 dan S6 edge yang baru dilancarkan, akan mula berada di pasaran bermula 10 April 2015. Lihat lebih banyak perabot dan produk IKEA yang bakal dilengkapi pengecas tanpa wayar di lamanweb IKEA.

ikea-blog-wirelesscharger

Trackbacks

  1. […] BACA: IKEA mula jual perabot dilengkapi pengecas tanpa wayar […]

  2. […] S6 & S6 Edge Montblanc umum casing premium Galaxy S6 Ujian benchmark: One M9 vs Galaxy S6 IKEA mula jual perabot dilengkapi pengecas tanpa wayar KNOX jadikan Galaxy S6 peranti perniagaan […]

Apa komen anda?