HTC One M9 pula terbocor sebelum pelancaran

Share Button

Seperti kebiasaan, kebocoran sebelum pelancaran adalah berita yang lebih hangat dari pelancaran itu sendiri. Jika sebelum ini kita telah mendapat berita yang terbocor tentang telefon baru Samsung, kali ini kami mendapat berita tentang telefon yang akan dilancarkan pada hari yang sama dengan Galaxy S6, iaitu telefon dari HTC yang satu, HTC One M9.

Dari video yang dimuat naik itu, ia membuat perbandingan tiga generasi HTC One secara luaran, iaitu One M7, One M8 & One M9. Jika video ini benar, maka ia telah membuktikan segala khabar angin yang kami laporkan di sini, adalah benar jua. Seimbas pandang dari depan, sukar untuk mengatakan yang mana lebih baru, kerana ketiga-tiganya hampir sama sahaja rekaannya. Mari kita semak semula apa yang diperkatakan tentang HTC One M9 sebelum ini.

Semua ini HTC One, bolehkah anda bezakan yang mana 7, 8 atau 9? Jawapan ada di gambar penghujung artikel ini

Semua ini HTC One, bolehkah anda bezakan yang mana M7, M8 atau M9? Jawapan ada di penghujung artikel ini

 

Badan HTC One M9 mengekalkan rekaan unibodi besi sepenuhnya, tetapi dengan dua tona warna berbeza, ini benar. Kemudian kamera belakang tidak lagi menggunakan dua lensa, tetapi hanya satu lensa tanpa Ultrapixel yang digantikan lensa biasa 20MP, ini juga benar. Kamera depan pula dilengkapi lensa Ultrapixel 4MP, yang ini pun benar.

Tetapi satu perkara yang mengejutkan kami, HTC kali ini meletakkan butang pada HTC One M9 semuanya di sebelah kanan telefon. Pada HTC One M8 sebelum ini, butang kuasa terletak di atas telefon. Hanya butang kawalan bunyi berada di sebelah kanan telefon.

Dengan kebocoran video yang terbaru ini, semakin sedikit perkara yang perlu disahkan semasa pelancaran HTC One M9 esok. Paling utama, prestasi, kelancaran antaramuka serta kualiti kamera akan menjadi daya penarik utama esok.

Dari pandangan awal kami, bentuk luaran Samsung Galaxy s6 yang terbocor kelihatan lebih menarik dan premium berbanding HTC One M9 yang kelihatan tidak berbeza dengan model lama HTC One M8. Tapi esok mungkin segalanya berubah, apabila ia berada di dalam tangan kami. Ikuti kami di twitter @TheSkop untuk berita secara langsung pelancaran HTC One M9 esok.

Yang manakah pula menjadi pilihan anda?

tiga htc satu m7 m8 m9 - perbandingan belakang tiga htc satu m7 m8 m9 - perbandingan tepi tiga htc satu m7 m8 m9 - perbandingan atas

Dari kiri: HTC one M9, One M8 & M7. Jika anda menjawab tepat, sila minum sebotol air mineral sebagai ganjaran

Dari kiri: HTC one M9, One M8 & M7. Jika anda menjawab tepat, sila minum sebotol air mineral 500ml sebagai ganjaran kejayaan

Apa komen anda?