Honor Malaysia mengumumkan kedatangan Honor 4X

Share Button

Dalam satu pemberitahuan di laman Facebook Honor Malaysia, mereka telah mempamerkan satu gambar bertajuk ‘moment 4xcitements!’ serta ‘coming soon’. Ini menandakan Honor mahu membawa satu lagi telefon pintar baru untuk pasaran Malaysia. Dari gambar ini, dapatlah diketahui, model yang dimaksudkan adalah Honor 4X.

huawei_honor_4x

Honor 4X adalah telefon pintar Android dengan skrin 5.5-inci HD 1280×720. ia dikuasakan CPU Huawei Kirin 620 64-bit dnegan 8-teras berkelajuan 1.2GHz. Ia dikuasakan Andoird 4.4 KitKat dengan antaramuka terbaru Huawei, EMUI 3.0. Antara fungsi menariknya ialah, sokongan dwi-sim 4G-LTE, sama seperti yang terdapat pada Redmi 2.

Honor 4X - spec

Di China, Honor 4X telah dijual pada harga RMB799 (~RM479) dengan 2GB RAM dan storan dalaman 8GB, tetapi menyokong tambahan storan melalui slot kad memori mikro-SD sehingga 32GB. Kamera belakangnya sebesar 13MP manakala kamera hadapan 5MP. Baterinya pula berkapasiti 3000mAh.

Jika dilihat pada spesifikasi, ia adalah saingan rapat kepada Redmi Note. Tetapi jika Honor Malaysia dapat menjualnya di bawah RM500, ini pasti menjadikannya pilihan yang lebih menarik kerana Redmi Note 4G kini dijual di Malaysia pada harga RM589. Sama-sama kita nantikan pengumuman ketibaannya kelak.

Honor 4X - depan Honor 4X - belakang Honor 4X - kanan

Apa komen anda?