Honor bertanya awak kat mana jam 4 petang nanti

Share Button

Honor ialah jenama di bawah Huawei, yang menjual peranti dengan harga yang lebih rendah dari biasa, serta di dalam talian sahaja. Konsep ini sama seperti yang digunakan oleh Xiaomi. Di Malaysia, produk Honor boleh didapati di lamanweb www.vmall.my

Bermula petang ini, VMall akan mengadakan promosi ‘What are you waiting 4‘. Promosi yang akan bermula jam 4 petang ini, akan membuat jualan terhad pelbagai produk Honor. Contohnya, Honor 6 yang berharga RM999, akan mendapat diskaun RM60 menjadi RM939, serta percuma kad memori mikro-SD 32GB dalam jualan terhad ini.

Manakala Honor 3C Lite yang paling murah, menerima diskaun RM24, menjadikannya berharga RM375 berbanding harga asal RM399. Lebih menarik lagi, produk yang sekian lama tidak berada di pasaran Malaysia, akan membuat kemunculan petang ini.

Honor 3C lite dan Honor 3C

Bagi yang lama mencari Honor 3C dengan 2GB ram & 8GB memori, pada jualan terhad 4pm ini ia akan dijual dengan diskaun RM30 menjadi RM469, lebih murah dari harga asal RM499. Mungkin ia tidak akan membuat kemunculan lagi selepas ini, jadi pastikan anda melekat di skrin komputer sebelum jam 4 petang.

Jika anda mengira dengan lebih mendalam semua harga di atas, pastinya anda akan mendapati semua produk Honor menerima diskaun 6%, satu angka yang sama dengan GST yang akan bermula di Malaysia pada 1 April nanti. Ini mungkin satu cara Huawei untuk mengurangkan keresahan pengguna tentang GST, atau hadiah buat pengguna Malaysia yang menyokong produk Honor.

Promosi setiap jam 4 petang ini, akan bermula dari hari ini 16 Mac, sehingga hujung bulan ini 31 Mac 2015. Jika ada produk Honor yang ingin anda miliki, jam 4 petang setiap hari sepanjang bulan Mac ini adalah masa yang terbaik untuk membelinya, hanya di www.vmall.my

Apa komen anda?