Harga minyak naik, harga Canon turun

Share Button

canon

 

Ketika kebanyakan penggemar teknologi seluruh dunia tertumpu di Mobile World Congress (MWC) di Barcelona, syarikat terbesar di Jepun iaitu Canon menurunkan harga kameranya model 5D Mark III.

Memandangkan ianya bakal digantikan dengan model baru, 5D Mark III diturunkan harganya di Amerika Syarikat USD300 (sekurang-kurangnya RM1,000) daripada harga asal.

Dalam pada itu, sebarang kesan penurunan harga secara kebiasaannya rakyat Malaysia turut akan merasainya kerana harga barangan elektronik kamera adalah universal (sebelum perlaksanaan GST).

Turut disertakan harga lensa dan badan camera keluaran Canon yang dilaporkan turun sejak semalam (harga dalam USD).

5D Mark III Body: USD2,500
5D Mark III with 24-105mm f/4L: USD3,100
5D Mark III with 24-70mm f/4L: USD3,250
6D Body: USD1,400
6D with 24-105mm f/4L: USD2,000
7D Mark II Body: USD1,700
70D: USD1,000
7D Body: USD850
60D with 18-135mm: USD900
T5i with 18-135mm: USD900
SL1 with 18-55mm: USD500
50mm f/1.4: USD350 (Penjimatan segera USD50)

Jika ada pembaca yang berminat mungkin boleh melayari laman ini (http://www.bhphotovideo.com/c/promotion/10551/canon-dslr-cameras-lens-bundles.html) dan untuk lensa di sini (http://www.bhphotovideo.com/c/promotion/10402/canon-lenses-speedlites-savings.html)

[Sumber: NoFilmSchool]

Apa komen anda?