Dapatkan berita Galaxy s6 edge di MWC secara langsung di sini

Share Button

Tidak sampai 24 jam lagi, Samsung Unpacked 2015 akan mengumumkan telefon paling hebat yang mereka usahakan selama ini. Digelar ‘Project Zero’, Samsung ingin menunjukkan kepada pengguna, bagaimana telefon pintar terbaru mereka ini dibina semula dari asas, untuk memberi pengalaman yang lebih baik kepada pengguna. Satu perkara yang hampir pasti, Galaxy s6 akan mempunyai dua model, Galaxy s6 dan juga Galaxy s6 edge yang mempunyai skrin lengkung di kedua belah sisinya.

Untuk mengimbas kembali, di dalam video teaser yang Samsung tayangkan, Samsung Galaxy s6 akan menggunakan binaan besi pada badannya dengan kemasan warna yang sangat menawan. Selain itu, kameranya merakam gambar dengan lebih tepat dan tajam. Ia juga akan mempunyai teknologi pengecasan pantas yang menjimatkan masa untuk melakukakn tugasan lain.

Bagi yang turut mahu bersama menonton pelancaran Samsung Galaxy s6 dan s6 edge secara langsung pada hari Ahad 1 Mac 2015, jam 6 petang (waktu Barcelona) yang bersamaan jam 1 pagi, Isnin 2 Mac 2015 (waktu Malaysia), anda boleh menontonnnya di Youtube Live Streaming Samsung di http://youtu.be/CVk3ZWrhHxc. Atau lebih baik lagi, sertai pasukan theSkop di twitter @TheSkop untuk berita secara fizikal terus dari kami.

Apa komen anda?