Cyberview dilantik pembangun hub teknologi Terengganu

Share Button

Cyberview Sdn Bhd adalah pembangun hab teknologi global Cyberjaya, sebuah bandar yang kini telah berjaya menempatkan lebih 800 syarikat, di mana 500 darinya terdiri dari industri ICT dan Teknologi, termasuk 40 syarikat multinasional dengan populasi tetap melebihi 80,000 orang.

Kini Cyberview telah dilantik sebagai penasihat Kerajaan Negeri Terengganu bagi membantu Terengganu membangunkan sebuah hab teknologi. Dengan itu, satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani di antara Cyberview dengan Kerajaan Negeri Terengganu untuk melaksanakan pembangunan ini. Pembangunan hab ini akan dibangunkan bersama dengan agensi-agensi negeri dan pusat yang lain, dan Cyberview akan menasihati dan memudahkan inisiatif ini.

MB Terengganu berucap di majlis MoU

MB Terengganu berucap di majlis MoU

 

Majlis menandatangani MoU ini dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman dan ditandatangani oleh Pengarah Urusan Cyberview, Encik Faris Yahaya bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato’ Haji Osman bin Muda. Ia disaksikan oleh Dato’Haji Wan Nawawi bin Wan Ismail, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Kerajaan Negeri Terengganu dan Mahadhir Aziz, Ketua Bahagian Hab Teknologi Cyberview.

majlis menandatangani mou

 

Cyberview telah berjaya menjadikan Cyberjaya sebuah hab teknologi global dengan menyediakan ekosistem yang sesuai dalam mewujudkan lokasi pelaburan pilihan untuk syarikat-syarikat teknologi. Ini menjadikan Cyberjaya sebuah bandar contoh dan ‘showcase’ kepada semua.

Hasrat Kerajaan Terengganu dalam membangunkan dan menyediakan satu ekosistem komprehensif untuk meningkatkan keupayaan dan memajukan ekonomi negeri adalah termasuk dalam pelan pembangunan Cyberview. Oleh itu, Cyberview menyokong penuh hasrat ini untuk membangunkan satu hab teknologi bersepadu supaya dapat merangsang kemakmuran ekonomi dan meningkatkan industri ICT negeri serta menambahkan peluang pekerjaan untuk belia-belia di Terengganu.

Cyberview akan menyediakan pelan bersama agensi kerajaan yang dikenalpasi untuk mentransformasikan kedudukan negeri Terengganu sebagai hab teknologi, terutamanya di dalam bidang ICT dan kreatif. Pelan ini akan merangkumi ekosistem, membina program-program ‘upskill’ dan program-program meningkatkan kerjaya, serta program penerimaan teknologi untuk industri tradisional, program untuk IKS dan program Accelerator untuk ecotourism, pertaniam dan akuakultur, terang Faris lagi.

Apa komen anda?