Classic dengan RM300 kredit percuma hanya di TuneTalk

Share Button

Berita baik buat kipas-susah-mati Blackberry. Jika anda masih berkira-kira untuk menaiktaraf Blackberry Bold anda ke peranti baru Blackberry, maka sekarang adalah masa terbaik. Selain dari GST yang belum dikuatkuasakan, TuneTalk yang merupakan salah satu syarikat telekomunikasi (telko) di Malaysia telah mula menjual Blackberry Classic dengan hadiah percuma.

Blackberry Classic kini boleh dibeli di Tunetalk dengan mudah, melalui stor dalam talian TuneTalk. Ia dijual pada haga RM1588, tetapi TuneTalk turut memberikan simkad percuma, beserta kredit berjumlah RM300 untuk digunakan. Jadi pengguna boleh mendaftar plan prabayar TuneTalk seperti Xtra Cun bernilai RM38 sebulan, dan mendapatkan 1GB data berkelajuan tinggi serta 380 min panggilan & 380 sms sesama TuneTalk, selama 7 bulan secara percuma!

xcun-tunetalk

Blackberry Classic membawakan semula trackpad pada peranti, yang telah hilang sejak Blackberry 10 diperkenalkan. Langkah ini dibuat John Chen, CEO Blackberry setelah mendengar rintihan peminat Blackberry. Classic adalah telefon pintar dengan skrin segiempat sama 3.5-inci, yang dikuasakan CPU Snapdragon S4 Pro dwi-teras 1.5GHz dengan 2GB RAM dan 16GB storan dalaman. Ia mempunyai kamera belakang 8MP & kamera hadapan 2MP dengan sokongan 4G-LTE.

bb_classic

Blackberry Classic menggunakan OS Blackberry 10.3 yang kini membolehkan pengguna memasang aplikasi Android terus ke dalamnya. Blackberry 10 juga tidak lagi memerlukan langganan BIS, jadi pengguna boleh menggunakan plan data biasa dengan Classic.

buy classic at tunetalk

Jika anda berminat untuk mendapatkan Blackberry Classic, lawati segera stor dalam talian TuneTalk sekarang dan dapatkan penghantaran percuma ke rumah apabila menmpah melaluinya.

Apa komen anda?