Blackberry melangkah tinggi dengan Blackberry Leap

Share Button

BlackBerry yang turut sama menyertai kehangatan pameran MWC di Barcelona, pada hari kedua hari ini, mengumumkan peranti baru dengan skrin sentuh sepenuhnya sebesar 5-inci, iaitu BlackBerry Leap.

BlackBerry melaporkan peranti baru ini, Leap disasarkan untuk profesional muda yang inginkan tahap keselamatan yang diyakini, di dalam peranti yang berkuasa dan mampu dimiliki. Ia diletakkan sebagai peranti peringkat permulaan yang menggantikan Z3, dan memiliki internet pantas 4G-LTE serta skrin, memori dan juga bateri ‘UPGRADED’.

Blackberry Leap dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragon S4 Pro dwi-teras 1.5GHz, dengan 2GB RAM & 16GB memori dalaman dan boleh ditambah dengan kad memori mikro-sd. Ia mempunyai skrin sentuh 5-inci HD (1280×720) dengan kepadatan 294ppi.

Blackberry leap spec

Blackberry Leap didatangkan dengan sistem operasi BlackBerry OS 10.3.1 yang datang dengan fungsi seperti BlackBerry Blend & juga Amazon Appstore untuk memasang aplikasi Android terus ke dalam peranti BlackBerry.

Satu kelebihan BlackBerry Leap yang ditekankan adalah kapasiti baterinya sebesar 2800mAh & tidak boleh ubah, dapat menguasakan Leap selama 25 jam bagi penggunaan berat sepanjang hari. Selepas berjaya dengan daya tahan bateri BlackBerry Passport, nampaknya mereka menggunakan resepi yang sama untuk Leap. Jika ini benar, pastinya ia dapat bertahan 2 hari untuk penggunaan biasa dan ini boleh menarik perhatian lebih ramai pengguna yang mahukan daya tahan bateri lebih lama.

Tetapi dengan bateri sebesar itu, ia menjadikan Blackberry Leap peranti yang agak tebal pada 9.5 mm dan 170 gram berat. Ini satu lagi perkara yang nampaknya tidak menjadi fokus Blackberry, rekabentuk bergaya dan berat peranti.

Blackberry leap akan mula dijual di pasaran negara membangun seperti Indonesia dan Brazil pada penghujung bulan ini dengan harga USD275 (~RM999) dan ke pasaran negara maju pada bulan April 2015. Belum ada berita Blackberry Leap untuk Malaysia, tetapi kami pasti akan memberitahu anda segera apabila mendapat berita mengenainya.

 

Blackberry Leap depan Blackberry Leap belakang Blackberry Leap kiri Blackberry Leap kanan Blackberry Leap atas Blackberry Leap bawah Blackberry Leap kamera Blackberry Leap belakang speaker Blackberry Leap kamera apps Blackberry Leap putih hitam depan Blackberry Leap putih hitam belakang

Comments

Apa komen anda?