Bermesej tanpa had di seluruh dunia dengan ChatSim

Share Button

Pernahkah anda terfikir, dengan satu kad SIM sahaja, anda boleh berhubung di mana sahaja anda berada di dunia ini, tanpa bayaran yang membebankan? Bagi mereka yang sering bergerak ke seluruh dunia, mungkin atas urusan kerja, pasti sukar untuk sentiasa bertukar kad sim tempatan, ataupun membayar caj perayauan yang tinggi.

Kini ia boleh dilakukan dengan ChatSim. Dihasilkan oleh syarikat Zeromobiles.r.l dari Itali, tidak lama lagi ia akan boleh didapati di Malaysia. Extrovest Group, sebuah syarikat dari Malaysia telah dilantik menjadi pengedar tunggal eksklusif ChatSim di Malaysia.

Dengan ChatSim, pengguna kini boleh menghantar mesej tanpa had dari pelbagai aplikasi permesejan seperti WhatsApp, Line, Tango, FB Messenger, WeChat, QQ Chat, iMessenger, Yahoo Messenger, Skype, Telegram, Snapchat, Hangout, Viber, Twitter, ChatOn dan bermacam lagi dengan bayaran hanya €10 (~RM10) setahun. Tetapi ia hanya terhad kepada perkataan serta emoticon sahaja.

semua permesejan dengan chatsim

Terdapat dua jenis kad sim dari ChatSim, iaitu ChatSim dan ChatSim Plus. Tiada yang berbeza dari segi kegunaan atau kadar keduanya, tetapi ia hanya membabitkan negara yang boleh digunakan. Ini bermaksud, anda sebenarnya memerlukan dua kad sim untuk kegunaan permesejan tanpa had di seleuruh dunia. Malaysia disenaraikan di dalam kad ChatSim biasa, dengan rangkaian Maxis menjadi hubungan perayauan.

DirectD telah dilantik menjadi penjual runcit ChatSim oleh Extrovest Group. Mereka akan mengumumkan harga jualan rasmi ChatSim dalam masa beberapa minggu lagi. Meraka turut akan membina satu lamanweb untuk mendapatkan ChatSim dalam talian, selain hadir sendiri untuk mendapatkan ChatSim di kedai mereka kelak.

DirectD turut memaklumkan mereka akan membuka ‘Gadget Mega Store’, kedai yang pertama seumpamanya di Malaysia dengan konseop semua-dalam-satu. Ia terletak di sebelah Lebuhraya Persekutuan dan akan dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 10 malam. Selain menjadi pusat membeli-belah peranti serta aksesori, ia juga akan menawarkan pusat pembayaran bil telefon, pusat pendaftaran talian telefon dan internet, serta pusat servis membaiki peranti.

Penggunaan ChatSim membolehkan anda menghantar mesej perkataan dan emoticon secara percuma setiap masa. Tetapi jika anda mahu menghantar gambar, audio atau video, anda memerlukan kredit tambahan untuk melakukannya. Caj yang berbeza dikenakan mengikut zon yang ditetapkan. Sebagai contoh, dengan tambah nilai €10 anda akan mendapat 2000 kredit. Penggunaan data akan dicaj dari serendah 50 kredit untuk setiap Megabyte (€10=40MB), hingga setinggi 750 kredit untuk setiap Megabyte (€10=2.6MB).

ChatSim boleh digunakan di 150 negara melalui lebih 400 syarikat telekomunikasi. Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb ChatSim.

Apa komen anda?