Akses database dan acara PIKOM dengan PIE

Share Button

Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) baru-baru ini memperkenalkan aplikasi untuk platform mudahalih yang diberi nama, PIKOM Industry Engagement (PIE) bertujuan menghubungkan pelbagai syarikat ICT dan warga profesional dalam bidang ICT dan berkaitan, di Malaysia.

PIE dihasilkan berteraskan 4 kunci utama, iaitu penglibatan masyarakat, pembinaan masyarakat, pembelajaran masyarakat dan pemberdayaan masyarakat, yang merupakan salah satu strategi PIKOM untuk memupuk komuniti ICT yang dinamik dan proaktif di dalam negara.

Fungsi yang terdapat di dalam aplikasi PIE adalah seperti direktori perniagaan merangkumi semua ahli PIKOM serta perniagaan yang berkaitan, pusat pengumpulan pengetahuan yang mengandungi kertas kerja, berita ICT serta pelbagai kandungan berkaitan industri, enjin belian dan bayaran mudahalih (bermula Jun 2015), serta saluran bagi mencari peluang pekerjaan dari pihak pekerja serta majikan.

PIKOM PIE 001PIKOM PIE 003PIKOM PIE 004PIKOM PIE 005

PIE juga akan dilengkapi jadual acara dan alatan pengurusan yang membolehkan ahli menyenaraikan sebarang acara mereka dengan kemudahan peserta membuat pengesahan kehadiran secara terus dari dalam aplikasi sendiri.

Menurut Pengerusi PIKOM, Cheah Kok Hoong berkata, terdapat banyak perkara dijalankan oleh PIKOM serta ahli pada tahun ini seperti acara tertutup, projek kerjasama istimewa, perkongsian hasil ujikaji, peluang pekerjaan dan sebagainya. Melalui aplikasi mudahalih PIE, ahli PIKOM dapat mengemaskini semua perkembangan ini mengikut kemudahan mereka. Terdapat banyak acara yang turut dibuka untuk bukan ahli PIKOM juga. Jadi, ia memberi manfaat kepada semua.

Pengerusi PIKOM

Pengerusi PIKOM, Cheah Kok Hoong

PIE dibina oleh The Media Shoppe (TMS) dan menggunakan kemudahan kod QR untuk mnenyimpan data ahli berkenaan acara yang dihadiri, bentuk perhubungan dan tabiat belian pengguna. Kod QR ini akan dikemaskini sendiri pada setiap aksi yang baru. Ini menjadikan data pengguna diubahsuai mengikut kegemaran peribadi dan kebiasaan.

Aplikasi mudahalih PIE boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple Appstore ataupun dengan mengimbas kod QR di bawah.

PIE store QR code

Apa komen anda?