ZTE Blade S6 boleh mula ditempah di Lazada

Share Button

Tahun lepas, ZTE Malaysia telah melancarkan telefon pintar Android mereka untuk pasaran Malaysia. Tetapi ZTE kelihatan tidak agresif dalam pemasaran produk mereka ini, dan kelihatan agak sepi untuk beberapa waktu. Minggu ini, dari Facebook ZTE Malaysia, mereka mengumumkan telefon pintar mereka yang baru dilancarkan bulan lepas di Hong Kong, akan tiba di Malaysia hujung bulan ini. Telefon ini dikenali dengan nama ZTE Blade S6.

fon zte blade s6 semua arah 2

 

Telefon pintar ZTE Blade S6 ini nampaknya adalah telefon pintar pertama yang datang terus sedia dengan Android 5.0 Lollipop. Selain itu, ia juga adalah yang pertama bukan sahaja di Malaysia, malah pertama berada di pasaran dunia yang dilengkapi dengan CPU Qualcomm Snapdragon 615, dengan 8-teras berkelajuan 1.5GHz. Ia turut datang dengan 2GB RAM serta 16GB storan dalaman yang boleh ditambah melalui slot kad memori mikro-SD. Baterinya pula berkapasiti 2400mAh.

zte blade s6 spec

ZTE melaporkan, Blade S6 dilengkapi cip audio bagi menghasilkan audio berkualiti tinggi. Kameranya pula, menggunakan sensor Sony IMX214 13MP di belakang, manakala 5.0MP untuk hadapan. Blade S6 menyokong rangkaian internet berkelajuan tinggi 4G-LTE yang serasi dengan rangkain di Malaysia, dan turut mempunyai sokongan dwi-sim bersaiz nano.

Skrin pada Blade S6 berukuran 5.0-inci menggunakan paparan IPS dengan resolusi HD 1280×720. Ia dilengkapi dengan teknologi ZTE ‘Smart Sense’ yang boleh melancarkan pelbagai arahan dan aplikasi melalui beberapa sentuhan atau gerakan di atas skrin ataupun telefon sendiri.

Facebook ZTE Malaysia mengumumkan Blade S6 boleh mula ditempah awal di Lazada Malaysia dengan harga RM939. Malah pengguna boleh mendapatkan diskaun untuk pembelian awal sebanyak RM40, dengan menggunakan kod diskaun ZTE40. Untuk tempahan awal ini, hanya warna perak disediakan. Penghantaran dijangka bermula dari 23 Februari 2015.

zte blade s6 di lazada

Apa komen anda?