Z4 Tablet dan M4 Aqua pertaruhan Sony di MWC

Share Button

Sony mengumumkan dari awal lagi, ia tidak akan melancarkan telefon pintar Z4 di pameran MWC minggu hadapan. Tetapi ini tidak bermakna Sony tidak akan melancarkan produk baru di pameran itu nanti.

Malah, mungkin bukan sahaja satu produk yang akan menjadi watak utama pelancaran itu kelak, dengan ketiadaan peranti utama dari siri Xperia Z4. Aplikasi Xperia Lounge yang terdapat pada peranti Sony Xperia, dilihat telah mengumumkan kemunculan Xperia Z4 Tablet beserta gambar. Walaubagaimanapun, berita ini dengan tarikh 3 Mac 2015 terpapar padanya dengan segera ditarik keluar dari Xperia Lounge.

Xperia-Z4-Tablet_2

Dari gambar yang sempat disimpan itu, Xperia Z4 Tablet membawa rekaan luaran seperti Z3, dengan kerangka besi bulat. Ia mungkin dilengkapi skrin sebesar 10-inci, dengan resolusi Ultra HD 2K. Manakala kenyataan prosesor ultra-pantas terkini, mungkin merujuk kepada CPU Qualcomm Snapdragon 810.

Selain itu, terdapat dokumen terdedah yang turut memberitahu bukan Z4 Tablet sahaja akan muncul di MWC kelak. Satu lagi telefon pintar peringkat pertengahan akan membuat penampilan, iaitu Xperia M4 Aqua. Dari maklumat dokumen itu, M4 Aqua akan dilengkapi Android 5.0 Lollipop dan pastinya, kalis air dan debu IP68.

terbocor spec Xperia-M4-Aqua terbocor spec Xperia-Z4-Tablet

Sony baru-baru ini hangat diperkatakan akan menjual perniagaan peranti mereka, seperti yang dilakukan kepada laptop VAIO. Jika benar, siri Z4 mungkin akan menjadi model terakhir keluaran Sony.

Xperia-Z4-Tablet_1

[Sumber: 1, 2]

Apa komen anda?