UberBLACK naik harga UberX kekal sama

Share Button

Pernahkah anda menggunakan Uber, pemandu peribadi yang boleh dipanggil bila-bila masa dengan transaksi yang tidak memerlukan wang tunai? Uber yang terkenal dengan servis pemandu peribadinya hari ini mengumumkan kenaikan harga bagi servis UberBLACK mereka, berkuatkuasa jam 12 tengahmalam, Khamis 5 Februari 2015 iaitu malam ini.

Kadar lama bagi UberBLACK sebelum ini ialah RM3 sebagai kadar asas yang dicampur RM0.35 seminit dan RM1.15 setiap kilometer, dengan kadar minima setiap perjalan dicaj RM5. Dengan kadar baru UberBLACK, pengguna masih dikenakan kadar asas RM3 dan kadar minima RM5 yang sama, tetapi caj seminit meningkat ke RM0.50 dan setiap kilometer pula RM1.40.

Caj lama UberBlack

Caj lama UberBlack

Caj baru UberBlack berkuatkuasa 5 Februari

Caj baru UberBlack berkuatkuasa 5 Februari

Jika sebelum ini caj perjalanan UberBLACK dari Bukit Bintang ke MidValley adalah sekitar RM15-19, dengan kadar baru untuk jarak yang sama ianya dicaj sekitar RM18-RM24. UBER menjelaskan peningkatan ini adalah untuk memberi lebih ganjaran buat rakan pemandu mereka, di samping memastikan kualiti dan servis terbaik dalam setiap perjalanan pengguna. Bagi perkhidmatan UberX dan UberLUX, tiada sebarang perubahan harga buat masa ini.

new uberblack rate

Walaupun kadar penggunaan biasa UberBLACK meningkat, Uber memberi peluang kepada pengguna untuk menggunakan perkhidmatan mereka dengan lebih murah, apabila menurunkan harga tetap perjalanan ke lapangan terbang KLIA. Semua perjalanan UberBLACK dari Kuala Lumpur ke KLIA kini dikenakan caj RM200 sahaja, berbanding harga lama RM270.

uberblack rate to airport rm200

 

 #UberMe2Phuket

Uber kini juga sedang menjalankan pertandingan sempena Hari Valentine dengan hadiah percutian ke Phuket untuk 2 orang selama 3 hari 2 malam serta wang tunai RM500 dan kredit Uber. Pengguna hanya perlu menggunakan UberBLACK seperti biasa, kemudian memuat naik gambar dengan status paling kreatif ke laman sosial dengan tag #UberMe2Phuket @Uber_KL, @Uber_MY @Uber_Phuket @TigerAirSG. Tarikh tutup pertandingan ialah pada 12 Februari 2015. Maklumat penuh pertandingan boleh dirujuk di sini.

Jika anda belum pernah menggunakan Uber dan ingin mencuba, daftar di sini dan dapatkan kredit Uber sebanyak RM15 secara percuma apabila pertama kali menggunakannya.

Apa komen anda?