Tiga video HTC One M9 terdedah

Share Button

Jika anda tidak sabar menantikan kemunculan telefon pintar HTC One yang baru, yang bakal muncul di pameran MWC minggu hadapan, anda boleh menambah lagi kegirangan itu, kerana secara tidak sengaja terdapat tiga video demo terdedah yang menampilkan beberapa fungsi pada telefon baru itu. Ia pertama kali didedahkan oleh Upleak, tetapi kemudian dipadam mereka.

Dari video demo tersebut, semakin pasti rekaan HTC Hima ataupun One M9 sangat serupa dengan rekaan lama One M8, ataupun One M7 sendiri. Cuma ia menambah kepastian yang HTC tidak lagi menggunakan teknologi Ultrapixel untuk kamera belakang, tetapi ia digunakan pada kamera hadapan, dikatakan untuk selfie yang lebih terang. Tiada juga duo-kamera pada One M9. Kamera utama akan mempunyai resolusi 20MP.

HTC One M9 terdedah depan

Selain itu, dua pembesar suara hadapannya, yang mempunyai Boomsound, kini ditambah dengan Dolby Audio. Rekabentuk badan HTC One M9 kekal dipenuhi besi, tetapi ia kelihatan mempunyai dua tona warna badan, seperti yang terdapat pada HTC Desire EYE. Terdapat tiga warna diapaparkan iaitu emas, perak dan hitam.

Video demo ini jua menampilkan pelbagai fungsi aplikasi pada HTC One M9. Seperti antaramuka Sense akan memaparkan aplikasi khas bergantung kepada lokasi dan Blinkfeed pula memaparkan tempat makan bersesuaian dengan waktu makan.

HTC sentiasa menyediakan pilihan penggunaan kamera yang menarik, dan tidak terlepas di dalam video ini dipaparkan pelbagai efek dan kesan khas boleh disunting ke dalam gambar. Terdapat juga Themes yang boleh diubahsuai dari gambar pilihan pengguna, dan kemudian disesuaikan secara automatik mengikut tahap warna gambar pengguna.

Semakin banyak terdedah perihal HTC one M9 ni, ia kelihatan semakin sama dengan model lama One M8, tetapi diberi sentuhan dalaman yang jelas berbeza.

[Sumber]

HTC One M9 terdedah 02 HTC One M9 terdedah 01

Apa komen anda?