Tayangan ekslusif pertama kali menerusi HyppTV CinemaWorld

Share Button

Dilancarkan di platform HyppTV pada September 2014 lalu, satu-satunya saluran filem antarabangsa seluruh Asia pertama yang menayangkan pelbagai pilihan filem box office terbaik secara eksklusif serta filem-filem yang pernah memenangi anugerah dan filem-filem kegemaran di seluruh negara, saluran CinemaWorld HD mengumumkan, bermula Mac 2015 mereka akan menayangkan filem-filem yang memenangi anugerah dan yang mendapat pencalonan anugerah pada setiap hari Sabtu dan Ahad pada jam 9.00 malam.

Pada setiap Jumaat, CinemaWorld HD akan menayangkan filem-filem thriller dan saspen. Manakala pada hari Sabtu, ia akan menawarkan pelbagai filem hebat yang memenangi anugerah serta tercalon, dari seluruh dunia. Manakala pada hari Ahad, merupakan waktu ekslusif di mana pelanggan CinemaWorld dapat menikmati filem yang pertama kali ditayangkan di Asia, dijamin yang pertama dan eksklusif hanya di CinemaWorld HD di HyppTV.

Filem-filem yang akan ditayangkan ini dipilih luar dari kebiasaan di Hollywood. Ia merentasi pelbagai negara dari Eropah, Amerika Latin, Australia, Asia, Asia Tenggara, Amerika Utara dan dari Timur Tengah. Ia akan ditayangkan di dalam bahasa asal filem tersebut dengan sari kata Bahasa Malaysia untuk memberikan pelanggan keseronokan menonton yang maksimum.

Antara filem-filem eksklusif yang akan ditayangkan kelak termasuklah filem “After The Wedding” yang tercalon di anugerah Oscar; filem Britain “Third Star” yang dibintangi oleh Benedict Cumberbatch (The Imitation Game), arahan pengarah yang pernah memenangi anugerah di BAFTA, Hattie Dalton; dan filem Kurdish “My Sweet Pepper Land” yang menjadi pembukaan bagi Cannes Film Festival 2013, dibintangi oleh pelakon Iran popular, Golshifteh Faharani (Exodus: Gods and Kings).

Mads Mikkelsen dalam filem After The Wedding

Mads Mikkelsen dalam filem After The Wedding

Penonton turut berpeluang menikmati pengalaman tontonan dengan senarai filem-filem Oscar dari Lithuania, Afrika Selatan dan Croatia: “The Gambler”, mengisahkan tentang percintaan, kesungguhan dan kesinambungan hidup; “Little One”, mengisahkan mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui mati di sebuah bandar di Johannesburg; dan ”Cowboys”, sebuah filem komedi mengenai sekumpulan orang tempatan yang ingin mementaskan sebuah karya Amerika Barat dalam bentuk muzikal.

Penonton yang berminat turut boleh menikmati filem ini di luar kotak televisyen di pelbagai peranti mudahalih, menerusi HyppTV Everywhere, yang membolehkannya ditonton di CinemaWorld HD on Demand (Saluran 650), sebagai sebahagian daripada penawaran “Video On Demand” dari HyppTV.

Tayangan perdana “After The Wedding” di CinemaWorld HD (HyppTV Saluran 650) akan bersiaran pada 7 Mac, 9.00 malam, serta di aplikasi mudah alih, HyppTV Everywhere. Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv dan lawati laman sosial media kami di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hyppworld (Twitter), dan www.instagram.com/hyppworld (Instagram).

Apa komen anda?