Tambah kilauan dan gemerlapan Swarovski pada GALAXY Note 4

Share Button

Khas buat pemilik Samsung GALAXY Note 4, Samsung Malaysia mengumumkan jualan khas selama 3 hari, untuk aksesori yang sangat menarik ini. Penutup belakang dengan gemerlapan dari kristal Swarovski khas untuk Note 4, diumumkan dijual di beberapa kedai Samsung Experiences serta pengedar sah Samsung di seluruh Malaysia.

Bagaimanapun penjualan ini terhad, bermula dari hari ini 12 Februari sehingga 14 Februari 2015. Kuantitinya juga sangat terhad bagi setiap kedai. Samsung melaporkan menjual hanya 201 unit penutup belakang Swarovski ini melalui 67 pengedarnya di seluruh Malaysia. Malah, untuk membelinya, ianya hanya boleh ditebus melalui aplikasi ganjaran Samsung, iaitu GALAXY Life. Hanya pemilik GALAXY Note 4 yang dapat melihat ganjaran ini di dalam GALAXY Life.

back cover swarovski for Note 4 now in malaysia

Jika anda pengguna GALAXY Note 4 dan inginkan kelainan dari yang lain, penutup belakang yang sangat glemer dan bergaya ini boleh dimiliki pada harga RM499. Tetapi ianya sangat terhad dan mungkin sukar didapati. Disyorkan untuk menghubungi kedai yang ingin dilawati terlebih dahulu untuk bertanyakan stok, sebelum anda kecewa apabila tiba di sana. Layari Facebook Samsung Mobile Malaysia untuk maklumat lanjut. Terma dan syarat jualan penutup belakang Swarovski untuk Note 4 ini boleh dibaca di sini. Senarai kedai yang telribat pula boleh dilihat di bawah ini.

senarai Samsung SES 3

Apa komen anda?