Tablet Windows 8 iPro Livepad 8.9 lengkap dan murah

Share Button

Tablet Windows 8 semakin mendapat tempat di pasaran Malaysia sekarang. Terkini, sebuah tablet Windows 8 yang diperkasakan CPU Intel Atom diperkenalkan di Malaysia, iaitu iPro Livepad 8.9.

iPro Livepad 8.9 ini menggunakan CPU Intel Atom Z3735F 4-teras berkelajuan 1.8GHz, dengan 2GB RAM. Seperti namanya, ia mempunyai skrin IPS 8.9-inci HD Penuh (1920×1080). Ia juga dimuatkan dengan storan dalaman sebesar 16GB yang boleh ditambah dengan kad memori mikro-SD sehingga 128GB.

iPro kini mengadakan promosi khas untuk jualan awal Livepad 8.9 ini. Ia akan dijual pada harga promosi khas RM699 kepada 800 pembeli pertama di Plaza Lowyat. Kemudian, bagi 500 pembeli pertama pula, mereka akan turut menerima papankekunci bernilai RM199 secara percuma. Selepas tamat promosi ini, Livepad 8.9 akan dijual pada harga RM799.

Sebagai bonus tambahan, tablet Livepad 8.9 ini turut dilengkapi Microsoft Office 365 percuma untuk langganan setahun. Office 365 mengandungi aplikasi pejabat seperti Power Point, Word, Excel, OneNote dan juga storan awan OneDrive sebesar 1TB. Pengguna turut dapat menikmati naiktaraf ke Windows 10 secara percuma kelak, seperti yang dijanjikan Microsoft sendiri.

Jika anda berminat, segera ke Plaza Lowyat untuk mendapatkannya, atau beli sahaja dalam talian melalui lamanweb iClickz di http://www.iclickz.com/ dengan penghantaran ke rumah secara percuma.

ipro livepad89 front ipro livepad89 bottom ipro livepad89 side

Comments

Apa komen anda?