Nokia 215 telefon termurah dilengkapi internet

Share Button

Nampaknya Nokia masih tidak luput ditelan zaman. Terbaru, mereka baru sahaja mengumumkan satu model telefon baru, yang dilengkapi internet, paling mampu untuk dimiliki oleh rakyat Malaysia. Microsoft mengumumkan telefon Nokia 215 yang mempunyai akses kepada internet, dengan harga yang sangat murah.

Nokia 215 berharga hanya RM139 dan mempunyai sokongan dua-sim. Untuk penggunaan internet, ia tersedia dengan aplikasi seperti pelayar Opera Mini, enjin pencarian Bing, MSN Weather, Twitter dan juga Facebook. Kesemua kemudahan ini dikuasakan oleh sistem operasi Nokia Series 30+ di atas skrin 2.4-inci QVGA.

Nokia 215 Hijau

Selain ini, Nokia 215 masih dilengkapi banyak fungsi lain. Ia mempunyai Bluetooth 3.0 untuk sambungan tanpa wayar dengan peranti lain. Bateri berkapasiti 1100mAh padanya, mampu bertahan sehingga 29 hari. Ia juga dilengkapi kamera dengan resolusi VGA. Tidak dilupakan juga, terdapat torchlight padanya untuk kegunaan di waktu gelap.

Ia boleh memainkan muzik MP3 dan mempunyai sokongan radio FM. Untuk storan fail yang besar, slot kad memori mikro-SD padanya boleh dimuatkan dengan kad memori sehingga 32GB besarnya.

Nokia 215 dibina dengan material plastik polikarbonat tahan lasak, yang menjadi tanda kepercayaan masayarakat terhadap Nokia. Ia didatangkan dalam pilihan warna Hijau, Hitam dan Putih dan boleh mula didapati di seluruh stor Nokia di Malaysia kini pada harga RM139.

Nokia 215 hitam hijau putih

Apa komen anda?