Mi Powerbank Mi Nipis selepas harga RON95 turun

Share Button

Xiaomi Malaysia pada selasa lepas, telah berjaya menjual buat pertama kali, tablet keluaran mereka iaitu Mi Pad. Ukuran kejayaan bagi setiap jualan Xiaomi diterjemahkan dalam bentuk masa, iaitu berapa lama masa diambil untuk ia habis dijual. Dalam jualan lepas, Mi Pad yang pertama kali dijual di Malaysia, telah licin dalam masa 1 minit 5 saat sahaja. Tetapi, berapa banyakkah unit yang terjual? Ini tidak dijelaskan oleh Xiaomi Malaysia.

Bagaimanapun, sebentar tadi mereka baru menjelaskan persoalan lain yang berlegar di Facebook Mi Malaysia, iaitu perkara yang menjadikan ikan dan kentang ‘Mi Nipis‘. Tetapi, ramai sebenarnya telah pun meneka dengan tepat perumpamaan gambar yang diberi oleh Mi Malaysia itu. Ia sebenarnya menjelaskan, Mi Malaysia akan menjual produk Xiaomi yang baru lagi di Malaysia dalam masa terdekat, iaitu Mi Powerbank 5000mAh yang baru, yang lebih seksi, lebih anggun, lebih ringan dan Mi Nipis.

MiPowerbank 5000mAh nipis buka

MiPowerbank 5000mAh nipis port

Mi Powerbank sebelum ini, berkapasiti 5200mAH dengan ketebalan fizikal 21mm. Dengan model baru yang Mi Nipis ini, ketebalan Mi Powerbank 5000mAh menjadi hanya 9.9mm, lebih dari separuh dari saiz asal. Rahsia kejayaan Xiaomi menjadikan powerbank 5000mAh ini Mi Nipis terletak pada jenis bateri yang digunakan. Pada model baru ini, mereka menggunakan bateri jenis Lithium-ion Polimer yang terbukti lebih nipis sambil mengekalkan kapasiti menyimpan tenaga yang sama.

Jika mengikut tradisi Xiaomi Malaysia, produk di Malaysia hanya akan menerima satu jenis warna sahaja. Jadi sila abaikan angan-angan anda untuk memiliki Mi Powerbank berwarna-warni. Pastinya hanya warna perak (silver) sahaja yang akan dijual di Malaysia. Harga Mi Powerbank 5000mAh ini juga kekal tanpa Mi Nipis pada RM34, selepas menerima kenaikan awal tahun ini sesudah harga minyak di Malaysia turun.

Mi powerbank 5k nipis rm39

Satu lagi tradisi Xiaomi Malaysia ialah, jualan terhad biasanya akan dibuat pada setiap hari Selasa jam 12 tengahari. Untuk yang berminat, boleh mula menetapkan alarm pada hari Selasa, 17 Februari akan datang. Mungkin Mi Malaysia akan mula menjual Mi Powerbank Mi Nipis ini pada waktu tersebut.

Tetapi masih terdapat satu lagi persoalan yang belum terjawab. Mi In-Ear Headphones Crystal Pink masih belum dijual walaupun diumumkan sebelum Mi Pad lagi. Hari Valentino lagi 3 hari je tinggal. Kalau tak beli headphone ni, kena laa beli bunga ros yang tak ada faedah tu.

Oh, kalau ada yang tak perasan, Redmi Note 4G, Mi Band & Mi Powerbank 10400mAh masih boleh dibeli secara terbuka sekarang. Dah 2 minggu jual tak kehabisan lagi. Tapi ingat, selagi stok masih ada!

Apa komen anda?