LG umum jam tangan pintar elegan penuh besi

Share Button

Menjelang pertemuan gergasi orang ramai di Mobile World Congress (MWC), LG Electronics turut sama tidak melepaskan peluang untuk memperkenalkan produk baru mereka. LG telah membuat pengmumuman awal, produk yang akan mereka perkenalkan di MWC tahun ini ialah, jam tangan pintar dengan rekabentuk jam tangan biasa penuh elegan, yang diberi nama LG Urbane Watch.

Jam tangan yang berasaskan Android Wear ini merupakan jam tangan yang dibina dengan besi pada keseluruhannya, untuk memberi rasa elegan dan premium sebuah jam tangan. Ianya disasarkan kepada warga bandar yang mahukan gaya beserta teknologi terkini dalam kehidupan seharian mereka.

gold      silver

Direka berdasarkan jam tangan pintar Android Wear pertama LG, iaitu G Watch R, Urbane Watch menggunakan paparan OLED Plastik bersaiz 1.3-inci dengan bentuk bulat sepenuhnya. Ia juga mempunyai bezel yang lebih nipis berbanding G Watch R. Lebih menarik lagi, ia juga lulus pensijilan IP67, yang mengiktirafnya kalis debu dan air.

Bagi mengekalkan rekaan elegan padanya, LG memadankan Urbane Watch dengan tali jam tangan yang diperbuat dari kulit asli. Malah, tali ini menggunakan ukuran standard tali jam tangan selebar 22mm, yang membolehkan pengguna menukarnya kepada apa jua bentuk tali jam tangan biasa yang digemari pengguna.

Dari segi teknologi, Android Wear pada Urbane Watch membolehkannya berhubung dengan peranti yang mempunyai OS Android 4.3 JellyBean dan ke atas. Ia dilengkapi sensor photoplethysmography (PPG) untuk mengukur kadar degupan jantung dan denyutan nadi semasa bersenam. Mod skrin ambien yang sentiasa hidup, memaparkan masa sepanjang masa dengan skrin malap bagi menjimatkan bateri.

Sebagai peranti pintar, pelbagai aplikasi boleh dipasang dan notifikasi dari aplikasi terpapar pada skrin jam tangan ini. LG menambah fungsi baru untuk melihat senarai panggilan yang telah dibuat serta senarai kenalan kegemaran pada jam tangan terus, tanpa menggunakan telefon pintar mereka.

Jam tangan LG Urbane Watch akan dihasilkan dalam dua warna iaitu perak dan emas. Maklumat lanjut seperti harga jualan dan tarikh ia mula berada dipasaran, dijangka akan diumumkan di MWC kelak.

CPU: Qualcomm Snapdragon 400 1.2GHz
SISTEM OPERASI: Android Wear
PAPARAN: 1.3-inci P-OLED (320 x 320, 245ppi)
SAIZ UKURAN: 45.5 x 52.2 x 10.9 mm
STORAN: 4GB eMMC / 512MB LPDDR2
BATERI: 410mAh
SENSOR: 9-Axis (Gyro / Accelerometer / Compass) / Barometer / PPG (Sensor Degupan Jantung)
WARNA: Emas / Perak

LG Urbane watch GoldLG Urbane watch Silver

LG Watch Urbane 6

LG Watch Urbane 7

Apa komen anda?