Jualan khas CNY semua produk Xiaomi hari ini

Share Button

Nampaknya kami tersilap ramalan tentang Mi Malaysia. Tanpa disangka, Mi Malaysia membuat jualan khas sempena Tahun Baru Cina yang akan menjelang minggu depan. Jualan khas ini bermula jam 12 tengahari, hari ini Jumaat 13 Februari 2015!‎ Langkah ini mungkin diambil untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat Malaysia kepada Mi Malaysia, yang telah terlepas banyak janji-janji sebelum ini.

Paling menarik, ia kelihatan seperti jualan terbuka, untuk hampir semua produk yang tersenarai di website Mi Malaysia. Produk baru seperti tablet Mi Pad dan juga Mi In-ear headphones Crystal Pink boleh dibeli sekarang. Malah Mi Powerbank yang Mi Nipis 5000mAh turut boleh didapati sekarang.

aksesori baru Mi CNY sale

Mi Malaysia turut menyenaraikan aksesori baru, yang boleh terus dibeli kini iaitu Mi Bunny Screen Cleaner berharga RM16, kabel USB 20cm (oren/biru) berharga RM15 dan juga kabel USB 120cm (hitam) berharga RM16. Aksesori seperti ini menjadi kemestian untuk dimiliki oleh peminat Xiaomi.

Bagaimanapun, Mi Malaysia memberi notis, penghantaran mungkin mengambil masa lebih dari kebiasaan kerana hari cuti yang bakal menjelang tiba. Jadi jika anda mahukan produk Xiaomi ini segera, mungkin boleh mencarinya di luar website Mi Malaysia.

Ini satu peluang yang harus ditangkap segera terutama mereka yang terlepas mendapatkan Mi Pad. Produk lain seperti Redmi Note 4G & Mi Band masih boleh dibeli seperti biasa. Jangan lupa untuk memeriksa jualan Bundle mereka untuk lebih diskaun. Segera layari lamanweb Mi Malaysia untuk mendapatkan produk baru & lama Xiaomi sekarang.

Mi CNY sale bundle Mi powerbank sale

Apa komen anda?