Impak maksima dengan desktop Alienware

Share Button

Alienware selaku peneraju perkakasan dan komputer khas untuk permainan, telah melancarkan bukan sahaja laptop gaming, tetapi juga desktop gaming dengan pilihan berkuasa maksimum tanpa mengira saiz, ataupun bersaiz minimum dengan perstasi yang masih boleh dibanggakan.

Selain itu, Alienware turut memperkenalkan perkakas tambahan untuk laptop gaming mereka, bagi memberi lebih pecutan prestasi kepada apa yang sedia terbina di dalam laptop tersebut.

 

Alienware Area-51

Dinobatkan sebagai komputer desktop gaming legenda, Dell kembali membawakan Area-51 yang diberikan nafas baru. Ia direka bagi memberi prestasi melapaui resolusi Ultra HD, dengan sambungan pelbagai monitor, di samping memenuhi keperluan gamers di seluruh dunia yang dahagakan prestasi maksima. Rekebantuknya yang unik, digelar Triad, direka untuk meningkatkan pengalaman permainan di desktop dengan fokus kepada pengurusan haba serta rekabentuk ergonomik.

Area-51 dijual di Malaysia dengan harga bermula dari RM9,999. Pelbagai pilihan perkakas berkuasa tinggi disediakan seperti pilihan CPU Intel antara Core i7-5930K dan juga Core i7-5960X. Manakala kad grafiknya mempunyai pilihan yang sangat besar, yang boleh digabungkan antara 2 dan 3 kad grafik sekaligus, melalui sambungan NVIDIA-SLI ataupun AMD-Crossfire. RAM pula diisi dari 16GB, 32GB ataupun lebih lagi. Untuk storan dalaman, ia menyediakan pilihan dengan menggabungkan satu storan SSD untuk kepantasan dan satu lagi cakera keras biasa untuk kapasiti yang lebih.

Lebih banyak pilihan dan konfigurasi boleh ditetapkan mengikut citarasa pembeli, dan yang terutama sekali bajet pembeli sendiri, kerana harganya boleh mencecah RM20,000. Lawati lamanweb Alienware di sini untuk lebih maklumat.

Alienware Area-51 - complete

 
 

Alienware X51

Alienware tidak melupakan juga bagi mereka yang tidak gemarkan saiz yang terlalu besar dan berat, tetapi masih mahukan prestasi terbaik permainan mereka. Alienware X51 merupakan desktop gaming terkecil pernah diasilkan Alienware, yang direka untuk memaparkan definisi HD 1080p serta pengalaman bermain yang tinggi pada kebanyakan tajuk permainan masa kini. Dengan rekabentuk yang kecil dan kompak, ia memberi fleksibiliti kepada pengguna untuk meletakkannya di mana jua ruang dan sudut, dan menukar ruang tamu atau bilik, kepada pusat hiburan dan permainan. Desktop Alienware X51 ditawarkan dari harga RM3,788 dan boleh didapati kini di lamanweb Alienware di sini. Pilihan seperti CPU Intel Core i5-4460 dan Core i7-4790 serta kad grafik AMD Radeon™ R9 270 dengan 2GB GDDR5 atau NVIDIA® GeForce® GTX 760Ti dengan 2GB GDDR5 boleh didapati di lamanweb tersebut. 

Alienware X51 side


 

Alienware Graphics Amplifier

Pertama kali diumumkan pada Novmeber tahun lepas, Alienware Graphics Amplifier bertuas seperti namanya, menggandakan prestasi grafik kepada peranti Alienware. Graphics Amplifier ini berhubung terus dengan laptop Alienware 13, 15 & 17 melalui lorong PCI Express yang khusus, jadi ia mempunyai jalur lebar yang luas untuk memacu prestasi grafik seperti desktop, ke dalam laptop tersebut. Perkakas ini boleh memuatkan kad grafik dengan panjang maksimum, serta 2x ketinggian kad. Ia juga boleh menjana kuasa untuk kad grafik sehingga 375 watt dan menampilkan 4 port USB 3.0, bagi memberi akses pantas kepada perkakas luaran lain seperti tetikus, papankekunci dan bermacam lagi perkakas yang menggunakan sambungan USB. Ia menyokong kad grafik NVIDIA GeForce GTX siri 600 dan yang lebih baru, serta kad grafik AMD Radeon HD siri 5000 dan yang lebih baru. Alienware Graphics Amplifier sudah boleh dibeli melalui lamanweb Alienware di sini, pada harga RM1009.

Alienware Graphics Amplifier depan tepi Alienware Graphics Amplifier belakang

Apa komen anda?