Ikuti pelancaran HTC One M9 di MWC secara langsung di sini

Share Button

HTC akan mengadakan acara yang dipanggil HTC Utopia di Mobile World Congress (MWC) Barcelona esok. Dijangkakan produk utama mereka, HTC One M9 ataupun HTC Hima akan dilancarkan pada cara ini esok.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, HTC One M9 akan dilengkapi dengan pelbagai perkakas terbaik masakini, di samping mengekalkan hampir sepenuhnya rekaan luaran HTC One M8 yang penuh dengan besi.

Selain itu, terdapat juga ura-ura yang HTC akan melancarkan beberapa produk lain di samping HTC One M9. Antaranya ialah pengganti HTC One Max dengan saiz phablet, yang mungkin dinamakan HTC One M9 Plus. Turut serta dalam pelancaran esok, ialah jam tangan pintar pertama keluaran HTC, iaitu HTC Petra.

Anda boleh turut sama menonton secara langsung pelancaran acara HTC Utopia ini di lamanweb HTC SEA melalui Youtube Live Streaming di bawah ini, ataupun ikuti sahaja TheSkop di lamanweb ini ataupun twitter @TheSkop kerana TheSkop akan turut sama berada di pentas pelancaran HTC esok, membawakan berita terkini dan memberikan laporan secara fizikal berkenaan produk HTC nanti.

Apa komen anda?