GALAXY Note Edge melampaui batasan

Share Button

Samsung Malaysia dengan bangganya mengumumkan, telefon pintar yang penuh inovasi dan evolusi mereka, GALAXY Note Edge kini telah mula dijual di Malaysia. Telefon pintar ini menggabungkan teknologi hebat terkini dengan rekaan unik yang berkualiti tinggi. Perkara yang menjadi tumpuan utama pada telefon ini ialah pada Edge, iaitu tepi skrinnya yang melengkung di hujungnya.

Samsung GALAXY Note Edge pertama kali dperkenalkan pada bulan Oktober 2014 di Berlin, Jerman bersama Telefon pintar GALAXY Note 4 dan jam tangan pintar Gear S. Malah, ia memiliki spesifikasi yang hampir sama dengan GALAXY Note 4, termasuk S-Pen yang terkenal hebat kegunaannya.

Santai Note Edge di tasik

Skrin rata pada Note Edge sebesar 5.6-inci dengan resolusi QuadHD (2560×1440) menggunakan paparan Super AMOLED keluaran Samsung sendiri, yang menghasilkan warna yang amat kaya dan memberansangkan. Skrin ini ditambah lagi 160 ppi dalam bentuk melengkung, yang memberi keunikan padanya yang tidak terdapat pada telefon pintar lain.

Skrin lengkung pada Note Edge memberikannya banyak fungsi tambahan. Paling menarik perhatian kami, skrin ini boleh berfungsi tanpa menghidupkan skrin utama. Walaupun saiznya yang kecil di tepi, banyak maklumat dan informasi boleh dipaparkan di skrin lengkung ini. Malah, ada games yang boleh dimainkan pada skrin ini.

note edge side widget

Jika skrin utama hidup, masih banyak kegunaan skrin lengkung ini. Secara kebiasaan, ia berfungsi sama seperti bar notifikasi Android di atas skrin. Tetapi jika anda sedang menggunakan aplikasi intensif seperti navigasi GPS, skrin lengkung ini akan menjadi skrin kedua, yang menjadi notifikasi seperti panggilan masuk dipaparkan padanya, tanpa mengganggu paparan skrin utama. Ini pasti banyak membantu pemandu yang sedang menggunakan Waze agar tidak hilang fokus jika terdapat panggilan masuk yang mematikan navigasi Waze untuk memberi laluan kepada panggilan.

Lain-lain perkara pada Note Edge, adalah sama seperti apa yang ada pada GALAXY Note 4. Penggunaan S-Pen memberi lebih fungsi kepada pengguna yang gemar mencoret nota. Malah, ia juga memudahkan pengambilan nota terus dari skrin seperti membuat salinan pada bahagian tertentu pelayar, memotong muka anda pada gambar dan seterusnya menggabungkan dengan gambar lain, yang mana sukar untuk dilakukan dengan menggunakan jari sahaja.

Santai Note Edge

GALAXY Note Edge dilengkapi kamera belakang 16MP dengan penstabil imej OIS, serta mampu merakam video sehingga resolusi 4K. Manakala kamera hadapan 3.7MP, dilengkapi dengan mod ‘Wide-Selfie’ agar lebih luas sudut dapat diambil dan semua muka berkumpulan dirakam. Selain itu, Note Edge juga mempunyai fungsi pengecasan pantas, bagi memastikan pengecasan penuh mengambil masa kurang dari kebiasaan.

spec-Galaxy-Note-Edge

Dengan segala kehebatan yang telah diberi tadi, Samsung Malaysia meletakkan harga RM2999 untuk seunit telefon pintar GALAXY Note Edge ini. Ia sudah mula dijual di Malaysia dan boleh didapati di semua Stor Samsung Experiences serta pengedar sah Samsung. Terdapat dua pilihan warna untuk pilihan pembeli iaitu Hitam Arang dan juga Putih Salju.

Note Edge - Charcoal Black Note Edge - Frost White

Apa komen anda?