Exabytes dilantik rakan Premier Google Adwords

Share Button

Penyedia hosting lamanweb terkemuka di Malaysia, Exabytes Network Sdn Bhd telah dilantik oleh Google menjadi rakan pengiklanan mereka, sebagai “Google Adwords Premier SME Partner” di Malaysia. Google Adwords adalah satu bentuk pengiklanan dalam talian berbentuk bayaran-setiap-klik, yang membolehkan iklan perniagaan dipaparkan kepada pelanggan yang berpotensi.

Pengasas dan CEO Exabytes, Chan Kee Siak berkongsi kegembiraan tersebut dengan menjelaskan, Exabytes berbangga dapat dijemput menjadi rakan Google Adwords Premier SME Partner. Ini menjadi bukti kebolehan dan reputasi Exabytes jelas diyakini. Exabytes akan berusaha menawarkan ketelusan dalam harga mereka, dengan memaparkan pakej tawaran Google Adwords dalam talian yang lengkap dengan harga, bagi merebut keyakinan pelanggan, terutama pelanggan SME Exabytes yang sedia luas.

Chan menambah, kurang dari 10% syarikat SME mengiklan dalam talian, sedangkan lebih 70% rakyat Malaysia kini sudah mempunyai sambungan internet. Malah, lebih 80% pengguna internet Malaysia mencari dalam talian, apabila mahu mendapatkan produk ataupun servis.

Dengan pengiktirafan dari Google ini, Exabytes mensasarkan untuk mendapatkan 1000 pengiklan Adwords yang aktif menjelang 2016. Exabytes yakin dengan kemampuan mereka yang kini mempunyai hubungan terus dengan Google bagi mendapatkan sokongan teknikal, pemasaran, jualan, akaun serta pengurusan rakaniaga.

Exabytes menjemput syarikat dan perniagaan terutama SME, untuk mengembangkan capaian dan kehadiran mereka dalam talian, melalui kuasa internet dan media sosial. Google Adwords dapat membantu perniagaan memacu trafik yang lebih berkualiti dan berkaitan dengan syarikat, ke lamanweb mereka bagi meningkatkan jualan dan pengetahuan pelanggan terhadap mereka.

Exabytes kini mengendalikan lebih 70,000 pelanggan, di lebih 100,000 lamanweb, serta lebih 1 juta akaun emel seluruh dunia di lebih 121 negara.

google-adwords

Apa komen anda?