CyberSecurity keluar amaran RANSOMEWARE

Share Button

CyberSecurity Malaysia, pakar keselamatan siber di Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengeluarkan amaran berkenaan ‘Ransomware’, sejenis malware/virus merbahaya yang menyerang komputer dan mengehadkan akses kepada sistem komputer sehinggalah bayaran dibuat kepada pencipta virus, untuk membuka sekatan.

Aplikasi berbahaya berbentuk ‘Ransomeware’ ini akan cuba memaksa mangsa membayar wang tebusan, dengan mengeluarkan mesej pop-up di atas skrin komputer. Mesej pop-up ini akan menyatakan komputer pengguna telah dikunci dan semua fail di dalamnya telah dienkripsi, dan akan meminta wang tebusan dibayar bagi memulihkan semula akses ke kopmputer mereka.

Menurut Dr. Amirudin Abdul Wahab, CEO CyberSecurity Malaysia, pencipta ‘Ransomeware’ meletakkan mangsa dalam ketakutan dan panik, dan mengakibatkan mangsa menekan pautan ataupun membayar wang tebusan, yang akan menjuruskan mereka lebih dalam kepada jangkitan malware/virus yang lain pula. Ransomeware tidak menyasarkan kepada pengguna di rumah sahaja, malah operasi perniagaan dan syarikat turut terkesan dengan kerugian untuk membaiki dan memulihkan sistem dan fail yang rosak, serta boleh menjejeaskan reputasi syarikat.

Contoh mesej yang akan timbul pada skrin komputer mangsa Ransomware adalah seperti:

“Your computer has been infected with a virus. Click here to resolve the issue.”
“Your computer was used to visit websites with illegal content. To unlock your computer, you must pay a $100 fine.”
“All files on your computer have been encrypted. You must pay this ransom within 72 hours to regain access to your data.”

Tambah Dr. Amirudin, jika komputer anda dijangkiti dan menerima mesej dari Ransomeware, jangan sesekali mengikut arahan pembayaran. Buat laporan kepada pusat keselamatan Cyber999 kami. Membayar wang tebusan tidak menjamin fail yang dienkripsi, akan dilepaskan. Ia hanya memberi wang kepada penjenayah, dan mungkin memberi maklumat perbankan pengguna kepada mereka. Malah, fail yang didekripsi mungkin telah dijangkiti malware/virus yang lain.

Oleh itu, pengguna internet serta pentadbir sistem, perlu mengambil langkah berjaga-jaga lebih awal untuk melindungi rangkaian komputer mereka dari jangkitan Ransomware. Langkah yang perlu diambil antaranya ialah:

  1. Membuat salinan pendua secara berkala semua fail dan maklumat kritikal untuk mengurangkan impak kehilangan data dan membantu proses membaik pulih. Paling baik, ia disimpan di dalam peranti berlainan serta di luar talian.
  2. Memastikan aplikasi anti-virus sentiasa dikemas kini .
  3. Memastikan sistem operasi dan software sentiasa dikemas kini dengan patch terkini.
  4. Tidak menekan apa-apa pautan yang tidak dikenali di dalam emel.
  5. Lebih berjaga-jaga apabila membuka kepilan di dalam emel.
  6. Sentiasa mengikut langkah amalan terbaik dan selamat semasa melayari internet.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, ajukan terus kepada CyberSecurity Malaysia (MyCERT) melalui saluran berikut:

Emel: cyber999@cybersecurity.my ATAU mycert@mycert.org.my

Telefon: 1-300-88-2999 (dipantau ketika waktu pejabat)

Fax: +603-89453442

Telefon mudahalih: +6019-2665850

SMS: CYBER999 REPORT EMAIL COMPLAINT ke 15888

hubungi cyber999

Apa komen anda?