Buka Kotak & Reviu Ringkas Samsung GALAXY Note Edge

Share Button

Samsung Malaysia bermurah hati meminjamkan TheSkop seunit telefon pintar dengan skrin lengkung pertama mereka, iaitu GALAXY Note Edge. Telefon pintar ini mempunyai prestasi terbaik bagi peranti Samsung kini, malah setanding dengan GALAXY Note 4. Ini kerana, GALAXY Note Edge mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan Note 4, dengan perbezaan paling ketara pada tepi skrin.

Bermula dari GALAXY Alpha, Samsung telah mula menggunakan rangka besi pada telefon pintarnya. Rangka besi yang sama ini juga digunakan pada GALAXY Note Edge ini. Ini memberikan rasa yang lebih kukuh dan premium pada Note Edge. Bahagian belakangnya masih menggunakan penutup plastik dengan kemasan ‘faux leather’ yang tidak terlalu licin tetapi lebih selesa di dalam genggaman.

Saksikan video buka kotak dan reviu ringkas kami berkenaan GALAXY Note Edge, terutama sekali penggunaan unik & istimewa skrin lengkungnya, yang tidak terdapat pada telefon pintar lain. Selain itu, GALAXY Note Edge juga dilengkapi banyak fungsi dan sensor untuk membantu pemantauan kesihatan seperti sensor degupan jantung, kadar oksigen dalam darah dan juga sensor cahaya UV, untuk penjagaan kulit yang lebih baik.

GALAXY Note Edge - kotak 01 GALAXY Note Edge - skrin lengkung GALAXY Note Edge - kotak dan s-penGALAXY Note Edge - depan GALAXY Note Edge - belakang GALAXY Note Edge - kiri GALAXY Note Edge - kananGALAXY Note Edge - atas GALAXY Note Edge - bawah dan S-pen GALAXY Note Edge - mod jam malam GALAXY Note Edge - kotak 02

Apa komen anda?