Bolehkah Blackberry beri kejutan di MWC

Share Button

Tahun lepas, CEO Blackberry John Chen menjanjikan empat produk baru Blackberry untuk pengguna. Selepas dari pengumuman itu, Blackberry telah memperkenalkan Blackberry Passport dan juga Blackberry Classic. Tetapi kedua-duanya adalah peranti yang mempunyai papan kekunci.

Di pameran antarabangsa, Mobile World Congress (MWC), Blackberry kelihatan akan mengambil tempat juga, tetapi tidak secara besar-besaran. Dari khabar angin yang berlegar, Blackberry mungkin akan mengumumkan satu telefon pintar yang baru di MWC, yang diberi kod nama Blackberry Rio.

Blackberry Rio juga dikenali sebagai Z20. Seperti Z10,  ia adalah telefon pintar dengan skrin sentuh sepenuhnya tanpa papan kekunci. Tetapi Blackberry mungkin memberikannya nama yang lebih popular untuk Z20 dan ura-ura mengatakan ia akan digelar Blackberry Leap kelak.

Blackberry Rio bakal datang dengan spesifikasi pertengahan, seperti CPU 2-teras 1.5GHz, 2GB RAM dan 16GB storan dalaman. Ia akan turut dibekalkan slot kad memori mikro-SD dan mempunyai internet mudah alih 4G LTE. Skrin 5-inci padanya akan mempunyai resolusi HD (1280×720). Kameranya pula beresolusi 8MP di belakang dan 2MP di depan.

[Sumber 1, 2]

blackberry leap 3 blackberry leap 4 blackberry leap 5 blackberry leap 6

Apa komen anda?