Beli-belah dalam TV dan peranti pintar dengan GO SHOP

Share Button

Astro Malaysia, peneraju kumpulan media bersepadu di Malaysia dan Asia Tenggara, mengumumkan kerjasama dengan GS Home Shopping Inc., sebuah syarikat runcit multimedia terkemuka dari Korea Selatan bagi menghasilkan saluran GO SHOP, sebuah perkhidmatan membeli-belah 24 jam terbaharu di Astro TV (Saluran 118), Astro On The Go & platform atas talian serta peranti mudah alih.

Saluran TV GO SHOP ini adalah langkah pertama kali Astro dalam pasaran e-dagang yang membolehkan rakyat di Malaysia membeli-belah di mana jua, bila-bila masa melalui pelbagai platform yang disediakan sama ada telefon pintar, tablet ataupun komputer peribadi dan laptop. GO SHOP dilihat sama seperti konsep SmartShop yang sangat popular suatu masa dahulu, tetapi dengan capaian yang lebih luas di luar televisyen serta pembayaran yang lebih mudah.

dari kiri: Huh Tae Soo,  Dato’ Rohana Rozhan, Dato’ Rozalila Abdul Rahmandari kiri: Huh Tae Soo, Dato’ Rohana Rozhan, Dato’ Rozalila Abdul Rahman

Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro menjelaskan, Sebanyak 55% pengguna internet di Malaysia hari ini membeli-belah secara dalam talian menerusi pelbagai peranti. Ia dijangka berkembang seiring dengan peningkatan penembusan jalur lebar, peningkatan pendapatan, perkembangan kad kredit dan debit serta kepercayaan rakyat Malaysia membeli-belah dalm talian. Astro memilih untuk bekerjasama dengan GS Home, salah satu syarikat peneraju perniagaan beli-belah dari rumah di Asia yang mempunyai rekod pencapaian yang terbukti selama lebih 20 tahun.

Manakala Huh Tae-Soo, Ketua Pegawai Eksekutif GS Home pula berkata, GS Korea menyedari potensi perkongsian perniagaan ini yang luas dan yakin bahawa persekitaran perniagaan yang dinamik di Malaysia. Malaysia sebagai pasaran antarabangsa ketujuh GS Home akan mendapat manfaat daripada pengalaman pengurusan GS Home dan pelarasan model runcit yang berdekad-dekad terbukti berjaya.

Dato’ Rozalila Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Astro GS Shop Sdn Bhd menambah, Elemen infotainment dan TV realiti yang menarik disuntik ke dalam setiap segmen bagi memperkaya pengalaman tontonan. Trend terkini dalam digital dan elektronik, perkakasan rumah dan peralatan dapur, gaya hidup, aksesori fesyen dan produk kosmetik akan ditawarkan dan ditambah baik melalui penggabungan produk, lantas membezakan GO SHOP daripada pasaran runcit tradisional.

GO SHOP Launch_Photo 2Dato’ Rozalila Abdul Rahman

GO SHOP telah mula bersiaran sejak 1 November 2014. Sejak itu, ia telah menerima sokongan memberansangkan dengan tempahan lebih daripada 115,000 produk sehingga kini. Buat masa ini, terdapat sebanyak 60 produk yang dijual dengan perancangan untuk meningkatkan jumlah ini ke dua kali ganda dalam tempoh setahun.

Para pelanggan boleh membuat panggilan menerusi talian bebas tol 24 jam GO SHOP di 1800-82-0088 atau layari http://www.goshop.com.my untuk membuat tempahan produk.

Masa penghantaran adalah antara dua hingga lima hari bekerja di seluruh negara dan pelbagai pilihan pembayaran tersedia termasuk kad kredit dan kad debit tempatan, Pelan Pembayaran Mudah, pemindahan melalui bank dalam talian serta bayaran tunai semasa penghantaran.

Comments

  1. mdm ruby

    Assalamualaikum,saya nk beli barangan dari Go Shop tpi xtau mcmna cara nak beli,ada sesiapa boleh tolong x?

  2. Rosli Bin Ibrahim

    Saya Hendak Membeli Barang Lagi Kini Terhenti Kerana Harga Barang2 Ada Yg Tidak Boleh Saya Terus
    Membeli Kerana Harga Tidak Patut Mahal Seperti Belajar Solat Rm239/= Upin Dan Ipin Mahal Swiss Drill Rm 3 Ratus Lebih Periok Goshop Rm 5 Ratus Lebih .Saya Ada Syor Kpd Orang2 Lain Utk Membeli Barang GoShop Only Waste My Time . Barang2 Goshop Menarik Tetapi Masaalah Harga . Saya Merasa Agak Kecewa . Tujuan Saya Supaya Lebih Ramai Beli Barang2 Dgn Harga Yg Rendah Lebih Banyak Pembeli Supaya Lagi Laris Di- Jual .Terima Kasih.

  3. Abdul Samat

    Pada 10 mei 2015 lebih kurang 10 pagi saya ada membuat tempahan product iron steam Q bila sampai waktu yang di janjikan barang tidak sampai sedangkan duit telah dipotong melalui kad credit saya berjumlah Rm 179.10 setelah ditolak bunus saya sebanyak 20%.Bila saya hubung pihak goshop berbagai-bagai persoalan yang di tanya.Saya harapkan pihak goshop bertanggungjawap sepenuhnya dan kembalikan semula wang yang telah dmasukkan dalam akuan goshop sebelum saya mengambil tindakan pada pihak pengguna.t/kasih

  4. Eidasshi

    Saya nak bertanya..Paymetnt bole dibuat melalui online banking or bank in melalui atm? Mcm mna nak buat pembayaran?

  5. Nasimah

    Saya sangat2 berpuas hati atas pelayanan go shop, psal x smpai satu minggu pun barang dah sampai. Tq go shop

  6. fauziah

    sy krg berpuas hati dgn penghantaran brg dr go shop.lexpa fittess bike yg di pesan dah 2 bln x juga sampai2..dijanjikan dlm ms seminggu ms bekerja…

  7. rahimi

    Saya baca dlm comment ramai orang xpuas hati product iron steam Q masalaah sparepart xda kalau nak tukar ada yg baru beli dah rosak nak tunggu pertukaraan ambil masa dlm dua minggu…betul ke..

Apa komen anda?