Telefon kamera berkuasa, kini milik ASUS Zenfone Zoom

Share Button

Di CES 2015, ASUS bukan sahaja melancarkan Zenfone 2, tetapi terdapat satu lagi telefon pintar yang dilancarkan ASUS, yang diberi nama Zenfone Zoom. Zenfone Zoom merupakan telefon pintar berasaskan Zenfone 2, tetapi memiliki kamera yang dipertingkatkan keupayaannya.

Telefon pintar ASUS Zenfone Zoom merupakan telefon pintar ternipis yang menampilkan kamera belakang 13MP dan disertakan 3x zum optikal. Ia dilengkapkan dengan lensa 10-elemen dan menjadikan jumlah zum digitalnya sehingga 12x untuk mengambil gambar lebih jelas.

ASUS ZenFone Zoom specSelain ini, Zenfone Zoom turut memiliki penstabil imej optikal, bagi mengurangkan gegaran semasa mengambil gambar. Fungsi ini dipertingkatkan dengan gandingan auto fokus lazer pada Zenfone Zoom, menjadikannya satu telefon pintar yang mempunyai kamera berkuasa tinggi, menyamai kamera biasa. Bagi yang mahukan lebih kawalan, mod manual memberikan kawalan seperti profesional dengan pilihan manual tetapan ISO, kelajuan penutup dan banyak lagi tetapan lain.

Seperti Zenfone 2, Zenfone Zoom dilengkapi perkakas dalaman berkuasa tinggi. Ia menggunakan CPU Intel Atom 64-bit berkelajuan 2.3GHz. Skrinnya pula sebesar 5.5-inci beresolusi HD Penuh 1920×1080 menggunakan paparan IPS dan kaca Corning Gorilla Glass 3. Ia juga lengkap dengan bateri 3000mAH.

ASUS Zenfone Zoom dijangka mula dijual di pasaran bermula suku kedua tahun 2015. Terdapat dua pilihan warna iaitu putih dan hitam. Manakala harganya pula hanyalah USD399 (~RM1399).

Harga ASUS Zenfone 2 dan Zenfone Zoom

Apa komen anda?