Storan Hibrid terpantas WD menggunakan SATA EXpress PCIe

Share Button

Peneraju solusi storan terkemuka dunia, Western Digital (WD) memperlihatkan kepada pengunjung pameran Storage Visions 2015 di Las Vegas, Amerika Syarikat dengan storan hibrid 4TB terpantas di dunia. Storan prototaip hibrid ini menggunakan sambungan Sata Express PCI-E, merupakan gabungan di antara storan 4TB bersaiz 3.5-inci dan SSD dengan kapasiti sehingga 128GB. Ia pasti memberikan nilai belian terbaik buat duit pembeli.

Storan hibrid WD SATA Express ini dipamer menggunakan papaninduk yang sedia ada di pasaran dari rakaniaga WD iaitu ASRock dan Gigabyte. Sistem ini mendemostrasikan sambungan fleksibel kabel SATA Express PCI-e serta pilihan tetapan untuk satu storan atau gabungan RAID.

PCMark8 benchmark menggunakan platform Z97-A, core i5 3.4GHz, 16GB DRAM

PCMark8 benchmark menggunakan platform Z97-A, core i5 3.4GHz, 16GB DRAM

Penggunaan aplikasi yang berat diperlihat mendapat keuntungan lebih baik menggunakan saiz cache yang lebih besar, dengan mengekalkan data utama yang sering digunakan pelbagai aplikasi, yang meningkatkan prestasi keseluruhan sistem. Dari kajian makmal WD, storan WD SATA Express 4TB dengan cache 64GB mencapai markah sebanyak 4459 pada benchmark PCMark8, memperlihatkan prestasi menghampiri SSD pada harga yang lebih bernilai untuk setiap GB.

WD melihat industri teknologi kini menuju ke arah sistem lebih mudah, dengan penggunaan perhubungan menggunakan protokol PCI. Demo kali ini memperlihatkan sistem menjalankan teknologi storan Flash NAND, cakera keras serta SATAe dalam satu pakej, memberi ruang kosong kepada satu slot dan memudahkan pengguna menyelenggara solusi storan mereka. Sistem demo ASRock menggunakan dua storan hibrid WD SATE Express PCI-e dengan RAID memperlihatkan, kelajuan pantas menghampiri 10Gb sesaat. Gigabyte pula mempamerkan sistem mereka dengan kelancaran bermain games terkini.

WD Hibrid SATA EXpress PCIe cover

(GAMBAR: Anandtech)

Apa komen anda?