Satu hari sahaja jualan terbuka Xiaomi

Share Button

(kemaskini 28/01/2015 10.55am)

  • Mi Powerbank 16000mAh SOLDOUT
  • Mi Band SOLDOUT ada stok balik

========================================

Berita baik untuk semua peminat produk keluaran Xiaomi. Hari ini, Rabu 28 Januari 2015, Xiaomi Malaysia membuat jualan terbuka untuk hampir semua produk mereka yang terdapat di lamanweb Xiaomi Malaysia.

Produk yang kelihatan tersenarai di lamanweb Xiaomi Malaysia dan boleh dibeli penduduk Malaysia adalah seperti:

Kali ini, dapat dilihat satu lagi produk yang pertama kali dijual di Malaysia, aksesori bagi Mi Powerbank 10400mAh iaitu pelindung silicon yang dijual pada harga RM18 setiap satu, dengan 4 pilihan warna iaitu merah jambu, hijau, biru dan hitam.

Mi Powerbank silicon

Minggu lepas, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan kenaikan harga Mi Powerbank mereka. Selain dari kenaikan harga ini, Xiaomi Malaysia juga telah menaikkan kadar minima belian bagi mendapatkan penghantaran percuma. Belian minima sebanyak RM100 diperlukan bagi kelayakan penghantaran percuma, atau caj tambahan dikenakan iaitu sebanyak RM25 bagi Malaysia Timur (Sabah & Sarawak) dan RM15 bagi Malaysia Barat (Semenanjung).

Terdapat juga jualan istimewa dengan diskaun untuk jualan pada hari ini. Ianya berbentuk ‘bundle’ iaitu dijual dalam sekumpulan. Kali ini, terdapat 3 jenis bundle iaitu:

  1. Essential Power Bundle (RM117 RM104) – 10400mAh Power Bank, Silicone Protector Sleeve & In-Ear Headphones Silver
  2. On-the-go Power Bundle (RM127 RM117) – 2x 5200mAh Power Bank & Mi Band
  3. Family Power Bundle (RM162 RM149) – 16000mAh, 10400mAh & 5200mAh Power Bank

MI Malaysia Bundle 01

Pastikan anda tidak terlepas mendapatkan produk Xiaomi yang lama anda nantikan kali ini, kerana tidak diketahui bila lagi jualan terbuka seperti ini akan dilakukan lagi pada masa akan datang.

Oh, semua produk ini dijual SELAGI STOK MASIH ADA!

Jangan menyesal jika anda terlepas peluang ini.

Mi Band jualan malaysia jualan terbuka xiaomi 28 jan

Apa komen anda?