Mi Powerbank naik harga minggu depan

Share Button

Xiaomi Malaysia hari ini di dalam status di Facebook Page mereka mengumumkan, kenaikan harga bagi produk paling popular mereka, Mi Powerbank. Xiaomi Malaysia telah menjual 3 model Mi Powerbank di Malaysia iaitu dengan kapasiti 5200mAh, 10400mAh dan juga yang terbaru 16000mAh. Bagaimanapun, hanya dua model iaitu 5200mAh & 10400mAh yang menerima kenaikan harga.

Kenaikan harga MI Powerbank ini berkuatkuasa pada 28 Januari 2015. Sebelum ini, Mi Powerbank 5200mAH dijual pada harga RM25 manakala 10400mAh pberharga RM36. Harga baru yang diumumkan ini menyaksikan kapasiti 5200mAh naik kepada RM34 manakala kapasiti 10400mAh pula RM49. Mi Powerbank 16000mAh kelihatan kekal pada harga RM79.

Mi Powerbank 5200 Mi Powerbank 10400

Pada pengumuman ini juga, Mi Malaysia turut memberitahu mereka akan membuat jualan pertama tahun 2015 ini, pada 28 Januari 2015. Lebih menarik lagi, ianya bukan jualan terhad, tetapi jualan terbuka yang boleh dibeli sesiapa sahaja tanpa had masa dan unit. Bagaimanapun, setiap pembeli mempunyai had belian pada hari jualan tersebut. Seorang pembeli dihadkan membeli sehingga 2 telefon Mi serta 2 aksesori Mi (seperti Powerbank, Mi Band, dll) sahaja dalam satu belian.

Walaupun kenaikan harga Mi Powerbank mungkin menjadi berita yang kurang enak didengar, tetapi pengumuman jualan terbuka tanpa perlukan belian pakej pastinya menjadi satu berita yang sekian lama dinantikan peminat produk Xiaomi. Jadi, jangan lupa menandakan tarikh 28 Januari di dalam kalendar anda dan menambah alarm sebagai peringatan untuk mendapatkan produk Xiaomi yang sekian lama menjadi buruan.

Trackbacks

  1. […] lepas, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan kenaikan harga Mi Powerbank mereka. Selain dari kenaikan harga ini, Xiaomi Malaysia juga telah […]

Apa komen anda?