Laptop MSI GT80 bawa papankekunci mekanikal ke Malaysia

Share Button

MSI telah mengumumkan laptop yang menggunakan papankekunci mekanikal pertama di dunia, dengan prestasi terhebat iaitu MSI GT80 pada bulan November lepas. Dalam masa dua bulan, ia kini telah menyerang pasaran laptop gaming di Malaysia. MSI telah melancarkan GT80 ini di pameran Malaysia IT Fair yang bertempat di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur.

Laptop MSI GT80 menggunakan papankekunci mekanikal, berbeza dengan papankekunci membrane yang sering digunakan pada laptop biasa. Papankekunci ini telah direka oleh pengeluar papankekunci gaming terkemuka dunia, SteelSeries dengan kekunci dibuat menggunakan kekunci buatan Cherry yang turut terkenal menghasilkan kekunci hebat buat kegunaan pemain games tegar.

Papankekunci mekanikal buatan Steelseries dengan kekunci oleh Cherry Papankekunci mekanikal bersaiz penuh MSI GT80

Selain itu, laptop MSI GT80 dilengkapi dengan pelbagai lagi perkakas terhebat. Untuk model GT82-2QE yang diperkenalkan di Malaysia, ia dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-4720HQ generasi ke-4, dua kad grafik NVIDIA GeForce 980M yang mempunyai 8GB GDDDR5 tiap satu dalam mod SLI, skrin IPS HD Penuh 1920×1080 HD Penuh, RAM DDR3 sebanyak 16GB, storan dalam mod Super RAID2 menggabungkan SSD 384GB M2SATA dengan 1TB HDD SATA, dan rangkaian LAN serta WiFi buatan Killer yang mengurangkan masa lengah semasa bermain games. Dengan perkakas sebegini, GT80 mencatat markah pada benchmark 3DMark Fire Strike sebanyak 13126, 1.58x lebih tinggi berbanding model dengan sekeping kad GTX 980M.

Papankekunci Steelseries pada GT80 mempunyai lampu di belakangya, tetapi terhad pada warna merah sahaja. Ia tidak seperti kebanyakan laptop gaming terbaru, yang mempunyai fungsi lampu pelbagai warna, yang turut boleh ditetapkan pada kekunci berlainan juga. Untuk penggunaan tetikus, MSI menyediakan trackpad di sebelah kanan papankekunci, yang turut berfungsi sebagai pad nombor. Ianya boleh diaktifkan melalui butang numpad di atas kiri trackpad tersebut.

Papankekunci mekanikal di MSI GT80

keypad nombor di MSI GT80 Trackpad di MSI GT80

Lain-lain fungsi hebat pada MSI GT80 adalah seperti enjin Steelseries dengan CloudSync, bagi menguruskan pelbagai perkakas buatan Steelseries seperti kekunci makro dan butang mengikut games yang dimainkan. GT80 juga memiliki sistem penyejukan Cooler Boost 3 dengan sistem pengeluaran haba ala ekzos sukan di belakang laptop, yang menggunakan 9 heatpipe.

Bagi sistem bunyi, ia dilengkapi pembesar suara keluaran DynaAudio yagn dipertingkatkan sistemnya dengan Sound Blaster Cinema 2. Manakala Audio Boost 2 membantu meningkatkan kualiti signal bunyi dan mengurangkan gangguan. Khas buat gamers tegar, aplikasi streaming games XSplit GameCaster didatangkan lengkap dengan MSI GT80, bagi berkongsi games yang sedang dimainkan samada dengan rakan-rakan, ataupun peminat dari seluruh dunia.

Laptop gaming MSI GT80 akan mula dijual di Malaysia selewatnya pada hujung bulan ini. Tetapi tempahan sudah boleh mula dibuat sekarang. Bagi yang sangat berminat, MSI mempamerkan laptop ini di pameran Malaysia IT Fair di Mid Valley Exhibition Center (MIVEC) dari 9 Januari sehingga 11 Januari 2015. MSI Malaysia akan menjual model MSI GT80-2QE pada harga RM13,999. Ia akan turut didatangkan dengan beberapa aksesori khas seperti beg laptop dan pengganti kekunci WASD buatan Cherry berwarna emas, apabila mula dijual kelak.

MSI GT80 kanan MSI GT80 kiri MSI GT80 belakang Harga dan spec MSI GT80 di Malaysia

Apa komen anda?