Laptop ASUS X205 ringan, murah dan tahan lama

Share Button

Laptop baru dari ASUS ini, X205 adalah laptop yang kompak & ringan dengan bateri tahan lama, yang mempunyai skrin 11.6-inci & berat kurang dari 1kg, sesuai untuk pelajar & profesional muda yang sering bergerak dan mahukan peranti yang mudah untuk menaip.

ASUS EeeBook X205TA menggunakan sistem operasi Windows 8.1 dengan Bing, yang turut dilengkapi langganan Office 365 percuma selama setahun. Ia dikuasakan CPU Intel Z3735 4-teras berkelajuan 1.33GHz dengan 2GB RAM & 32GB storan dalaman. Ia mempunyai slot kad memori mikro-SD untuk storan tambahan, serta 2x port USB 2.0, 1x port mikrofon/earfon & 1x port mikro-HDMI.

Bateri pada EeeBook X205 boleh bertahan sehingga 12 jam lamanya bagi penggunaan berterusan. Pembesar suaranya dihasilkan oleh SonicMaster, yang terletak di bawah tempat meletak tapak tangan & dihalakan ke depan, untuk penghasilan bunyi lebih baik.

Dengan langganan Office 365, pengguna akan turut menerima storan awan sebesar 1TB. ASUS menambah lagi storan awan tersebut sebanyak 500GB, menjadikan jumlah storan awan kepada 1.5TB.

Laptop ASUS X205 ini akan dijual bermula Mac 2015 pada harga RM699 untuk storan dalaman 32GB dan RM799 untuk versi 64GB. 3 jenis warna disediakan untuk pilihan iaitu Putih, Emas dan Biru Tua.

ASUS 2015 - X205 front ASUS 2015 - X205 speaker below ASUS 2015 - X205 side ASUS 2015 - X205 spec

Comments

Apa komen anda?