Jabra Sport Rox khas untuk peminat kecergasan

Share Button

Berita baik buat peminat kesihatan yang aktif, Jabra kini mengumumkan model earfon mereka yang terkenal, Jabra Rox Wireless diberi penaiktarafan agar lebih menepati kehendak aktif peminat kecergasan dengan model earfon terbaru, Jabra Sport Rox Wireless.

Dibina dengan kualiti audio premium serta tahan lasak, Jabra Sport Rox memiliki rekabentuk luaran yang sama denga Jabra Rox Wireless, tetapi diberi penambahan bagi memenuhi keperluan peminat kecergasan yang mahu menikmati saat workout mereka bersama muzik kegemaran tanpa kekurangan salah satu daripadanya.

Jabra_Sport_Rox_wireless_01

Jabra Sport Rox didatangkan dengan tahap IP lebih tinggi, iaitu IP54 serta siap dengan Armband dalam pakej jualan. Ianya adalah earfon tanpa wayar menggunakan teknologi Bluetooth dengan penghasilan bunyi premium berkualiti tinggi. Badannya diperbuat dari besi serta kalis peluh dan cuaca yang direka mengikut standard hujan, hentakan, pasir dan debu yang ditetapkan tentera Amerika Syarikat.

Jabra_Sport_Rox_wireless_02Pengguna boleh memilih di antara EarGels atau EarWings bagi memastikan earfon mereka tetap melekat di cuping telinga, walaupun sedang aktif bergerak agar pengguna boleh terus fokus pada aktiviti kecergasan.

Jabra Sport Rox menghasilkan bunyi berkualiti dunia Dolby. Kawalan pemain muzik seperti playback, volume dan panggilan boleh dijawab dengan mudah dengan menekan pada earbuds sahaja. Jika pengguna mahu berehat sebentar, earbuds ini boleh dilekap bersama dan digantung di leher bagi menjimatkan bateri. Cabut semula untuk menyambung semula mendengar muzik.

Fungsi yang terdapat pada Jabra Sport Rox ialah:

– Sambungan Bluetooth mudah melalui NFC
– bunyi Dolby Audio dengan kawalan melalui aplikasi Jabra Sound
– Mikrofon terbina dengan penghapusan bunyi bising (noise-cancelling)
– Bluetooth 4.0
– Masa berbual sehingga 5.5 jam
– Masa bersedia sehingga 18 jam
– Masa bermain muzik sehingga 6 jam

Jabra Sport Rox Wireless boleh mula dibeli di seluruh Malaysia dan terdapat di kedai yang tersenarai di bawah ini pada harga jualan RM469.

1. ALL IT Hypermarket Sdn Bhd
2. epiCentre
3. Harvey Norman
4. Machines
5. Radioshack
6. Viewnet Computer System

Jabra_Sport_Rox_IN_BOX_NA

Apa komen anda?