HyppTV tawar pek nilai baru lebih murah

Share Button

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTVnya, HyppTV melancarkan tiga (3) Pakej Nilai terbaharu untuk pelanggan-pelanggannya di acara HyppCarnival yang berlangsung di Paradigm Mall. Tiga pakej nilai tersebut adalah:

  1. Pek Jumbo – Pakej terbaharu untuk seisi keluarga yang menampilkan saluran Hiburan, Berita, Kanak-kanak, Sukan dan Gaya Hidup terbaik daripada HyppTV pada harga menarik iaitu RM60 sebulan.
  2. Pek Aneka – Pakej khusus menampilkan pelbagai rancangan berbahasa Melayu pada harga RM30 sebulan.
  3. Pek Varnam – Pakej khusus menampilkan pelbagai rancangan Hindi dan Tamil pada harga RM30 sebulan.

Dua lagi pakej masih dikekalkan bersama tiga pakej baru iaitu Pek Ruby berharga RM30 sebulan yang menyediakan pelbagai saluran berbahasa Cina serta Pek Sukan bagi penggemar saluran sukan, ditawarkan pada harga RM50 sebulan.

pek jumbopek anekapek varnampek rubypek sukan

Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media TM, mengulas mengenai tawaran pakej baru ini, beliau berkata, Pek Jumbo memberi pilihan saluran terbaik, menggabungkan Hiburan, Berita, Kanak-kanak dan Gaya Hidup, malah termasuk kandungan Sukan premium pada harga hanya RM60, penjimatan sebanyak RM270 sebulan. Pengguna HyppTV kini boleh menikmati program bertaraf antarabangsa eksklusif seperti The House of Cards, Extant, Gotham atau Grimm malah juga acara-acara sukan secara langsung seperti Liga Juara-Juara UEFA atau Liga Perdana Inggeris Barclays.

Senarai saluran pek HyppTV 2015

Pek Aneka membawakan buat peminat hiburan Berbahasa Melayu dengan pelbagai saluran termasuk filem, drama, gaya hidup dan animasi. Dengan pakej ini, peminat boleh menonton drama-drama seperti ‘Permainan Cinta’, ‘BIB’, ‘Cinta Si Egois’, ‘Selipar Jepun dan Stiletto Merah’ dan ‘Tu Dia’. Pakej ini lebih tertumpu kepada saluran-saluran tempatan seperti HyppSensasi, Dunia Sinema, Hypp Variasi, Al Hijrah On Demand, Astro Oasis dan termasuklah Discovery Kids, Sony Max dan Channel M bagi kepelbagaian pakej salurannya.

Untuk Pek Varnam, ini merupakan julung kalinya HyppTV menghimpunkan program hiburan berbahasa Hindi dan Tamil yang berkualiti tinggi, memberi peluang kepada peminat Shah Rukh Khan, Salman Khan dan filem-filem blockbuster Bollywood. HyppTV Varnam Pack menawarkan saluran premium India seperti Sony Max, Bindass Play, UTV Bindass, Astro Vanavil, Makkal TV, Jaya Max, UTV Movies dan juga Discovery Kids.

Pengenalan pakej ini menambah lagi fleksibiliti pilihan saluran HyppTV, selain boleh dipilih mengikut saluran secara ala-carte, bagi memberi lebih nilai penjimatan kepada pengguna. HyppTV turut menawarkan kepada penggunanya untuk menonton rancangan kegemaran mereka ketika berada di luar rumah, menerusi aplikasi HyppTV Everywhere, yang boleh dimuat turun daripada AppStore atau Google PlayStore, serta melalui pelayar web di komputer.

TM turut memperkenalkan promosi terbaharunya, iaitu “Ja-Jumbo Deal”. Melalui promosi ini yang berlangsung bermula 15 Januari sehingga 15 April 2015, pelanggan yang mendaftar untuk HyppTV Jumbo Pack yang terbaharu, boleh menikmati naik taraf kelajuan jalur lebar mereka sehingga 20Mbps dengan harga istimewa dan eksklusif! Selain itu, pelanggan baru UniFi dan Streamyx 4 & 8 Mbps juga akan dapat menikmati satu (1) bulan tontonan secara PERCUMA untuk semua saluran premium di HyppTV.

ja-jumbo deal2

HyppTV kini menawarkan kepada para pelanggannya sebanyak 124 saluran dengan 44 saluran dalam Definisi Tinggi (HD) – yang terdiri daripada 56 saluran premium, 22 saluran percuma, 8 saluran Radio, 16 saluran Video-On-Demand dan 22 saluran interaktif dalam pelbagai pakej nilai dan pilihan secara ala-carte. HyppTV dikuasakan oleh perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi TM, UniFi dan Streamyx 4Mbps dan 8Mbps yang tersedia untuk penonton tanpa mengira cuaca melalui pakej kediaman dan perniagaan bagi UniFi dan Streamyx. Pelanggan HyppTV juga boleh menikmati dunia hiburan yang telah dihimpunkan melalui HyppTV Everywhere. Setakat ini, HyppTV mempunyai lebih 800,000 pelanggan. Untuk lebih maklumat lanjut berkenaan HyppTV dan tawaran pakej nilai, layari lamanweb HyppTV di https://www.tm.com.my/hypptv/.

Trackbacks

  1. […] Semua pengguna Unifi menerima langganan HyppTV secara percuma, tetapi terhad kepada tontonan saluran yang percuma juga. Tetapi bagi pelanggan pelan UniFi 30 dan 50 yang baru, mereka akan menerima saluran premium tambahan yang boleh dipilih antara pek Aneka, Varnam atau Ruby. Ini memberikan pengguna tambahan 9-12 saluran mengikut pilihan pek. Maklumat lanjut berkenaan ketiga-tiga pek ini boleh dirujuk di sini. […]

Apa komen anda?