Hanya yang terbaik untuk Zenfone 2

Share Button

Mengambil tempat di pentas CES 2015 di Las Vegas, ASUS melancarkan telefon mampu milik terbaik mereka, ASUS Zenfone 2. Ia menampilkan rekaan yang lebih menawan dengan skrin IPS HD penuh 5.5-inci dan kamera PixelMaster 13MP. Lebih hebat lagi, ia dikuasakan CPU Intel Atom 64-bit berkelajuan 2.3GHz dan dipadankan dengan 4GB RAM.

ASUS Zenfone merupakan salah satu model telefon pintar ASUS yang sangat berjaya. Ia telah terjual sebanyak 1.5 juta unit sebulan pada suku keempat 2014 di seluruh dunia. Dengan kemunculan Zenfone 2 ini, ASUS turut menaik taraf antaramuka ZenUI keluarannya, yang kini dilengkapi sistem keselamatan dari Trend Micro.

Pengerusi ASUS Jonney Shih memperkenalkan ZenFone 2 di CES 2015

Skrin pada Zenfone 2 sebesar 5.5-inci, kali ini beresolusi HD penuh 1920×1080. Ia menggunakan paparan IPS dan kaca Corning Gorilla Glass 3 yang tahan lasak. Dengan hanya ruang skrin ke badan hanya 3.3mm, ia menjadikan keluasan skrin sebanyak 72% meliputi badan Zenfone 2.

ASUS sedia terkenal dengan aplikasi kamera Pixelmaster yang dapat membuatkan gambar lebih cerah pada cahaya malap. Kamera belakang pada Zenfone 2 menangkap gambar sehingga 13MP, dengan lensa lebar berapertur f/2.0 serta dua LED Flash dengan Real Tone bagi menghasilkan warna kulit yang realistik. Kamera hadapannya pula sebesar 5MP dilengkapi fungsi Selfie Panorama, untuk memuatkan lebih banyak perkara dalam satu gambar sehingga 140-darjah luas.

kamera ASUS ZenFone 2

CPU Intel Atom Z3580 yang menggerakkan Zenfone 2 merupakan CPU 64-bit berkelajuan 2.3GHz yang dipadankan dengan 4GB RAM, memori terbesar yang pernah ada pada telefon pintar. Ia juga dikuasakan cip grafik PowerVR G6430. Selain itu, data mudahalih 4G LTE menjadi standard pada telefon ini serta kemampuan menggunakan dwi-sim yang aktif serentak.

Kuasa pada Zenfone 2 digerakkan dari bateri berkapasiti 3000mAh, di mana kali ini ASUS membawakan teknologi caj pantas bersama Zenfone 2. Dengan ini, bateri pada Zenfone 2 dapat dicas sehingga 60% dalam masa hanya 39 minit.

ASUS Zenfone 2 akan mula dijual bermula bulan Mac 2015 di beberapa negara terplih, pada harga hanya USD199 (~RM699) untuk versi 2GB RAM & 16GB ROM. Terdapat lima pilihan warna bagi Zenfone 2 iaitu Kelabu, Hitam, Merah, Putih dan Emas.

ASUS ZenFone 2 spec warna ASUS ZenFone 2

 

Trackbacks

  1. […] mula memperkenalkan Zenfone 2 ke mata dunia di Las Vegas bersempena CES 2015 pada Januari 2015 lalu. Pada 9 Mei 2015 bertempat di KL Live, ASUS […]

  2. […] Zenfone 2 pertama kali dilancarkan di pameran CES 2015 awal tahun ini di Las Vegas. Ia kini telahpun mula dijual, dan boleh didapati di […]

Apa komen anda?